Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Rezeki daripada Allah

Imej
Bulan ni panjang lagi baru dapat gaji. Hem 25 hb November, bulan lepas 10 hb . Bagi saya Alhamdulillah setakat ni rasanya gaji wajib dah habis diselesaikan tak lama selepas dapat gaji tu. Lebih-lebih lagi raya Deepavali. Alhamdulillah bulan Oktober banyak jemputan dihujung minggu, rayalah, raya dan raya lagilah, orang kenduri kawin,orang nak gi haji -tiap-tiap minggu. Kira settlelah untuk hujung minggu tu bawak anak gi rumah orang mentekedarah. Jadi tak yahlah nak bawak KFC ke Mc DOnald ke yang rasanya dah hampir 11 bulan tak makan kat sana (oh raya dulu makan KFC tapi habis RM50 je sebab anak duduk dalam keta). Yelah sejak boikot barangan semua tu masa Israel serang PAlestin. Ini satu bentuk rezeki dan kita kena pekalah akan perkara ini. Minggu lepas dapat tahu FRGS dapat duit . JAdi anak-anak muridku adalah rezeki untuk mereka beli barang projek. Hari ni pulak dapat tahu kesemua empat orang pelajar sarjana dapat sumban gan daripada Tabung Mobiliti Program, sampai jugak hajat dema nak

Kenapa kita tak dapat apa yang kita nak?

Assalamualaikum, Satu pagi tu saya lalu belakang rumah (mahligai) di Bandar BAru BAngi ni. Lepas tu terpacullah kata-kata, besarnya rumah tu, bila gaknya aku nak dapat. Selepas tu sayapun cepat-cepat Istighfar, mungkin kalu aku dapat mahligai tu di dunia, Allah tak akan berikan kan ku mahligai di syurga yang lebih kekal dan abadi. Begitulah, hidup ini kita harus bersyukur dengan apa yang kita perolehi selepas melakukan segenap usaha terhadap apa yang kita inginkan. Kena usaha dulu baru terima dengan syukur dan sabar. Juga kita harus ukur kemahuan kita dengan usaha dan keupayaan kita. Kalau dah gaji tu tak banyak mana, kenalah ada rumah yang sebesar gaji tu. Orang bergajikan tak banyak mana pendapatan sebulan berbanding orang berniaga. Prinsip hidup saya , jangan sampai kena berhutang tiap bulan lebih-lebih lagi kad kredit, takut putus nyawa tengah-tengah kan naya sebelum sempat bayar hutang kad. Berbalik kepada rumah tadi, baru-baru ni ada berborak dengan sorang kawan, dia kata ada ora

Catatan baru

Assalamualaikum, Ada orang minta saya update blog. Oklah tak nak kecewakan orang. Nak cerita apa ye? Ringkas sahajalah buat kali ni. Tentang anak yang tak mahu ke sekolah. Sejak buka sekolah selepas cuti sekolah baru-baru ini, anak saya bernama Inas meragam tak mahu ke sekolah. Apa punca nya? Tak tahulah belum guna psikologi lagi, tapi dah nak psikogila dibuatnya. Nasib baik berkahwin dengan orng yang sabar ehem ehem sebenarnya sangat- sangat-sangat sabar. Kenalah sangat dengan perangai aku yang sangat tidak sabar. Alkisahnya sampai hari ni masih tak nak ke sekolah. Dah jumpa anak murid Haron Din buat air doa untuk minum dan mandi, tiga hari berturut-turut,. Lepas tu jumpa ustaz lain, katanya gangguan pada diri tak ada , cuma semangat dia dah tak de. Ada tau sesapa yang boleh jual semangat?? Kata Cikgu2 kelas yang Inas berada memang keras, selalu ada kes budak tak nak gi sekolah. Cubalah cabar-cabar sikit, memang terasa nyeri gitu masa tanya Inas kat mana budak yang selalu kacau dia.

Minggu lepas yang sangat sibuk

Hai, berjumpa lagi. Minggu lepas dengan bantuan para pelajar sarjana di makmal 3148 , Nad, Ina, Ida dan Adibah saya telah berjaya mengharungi 2 hari yang sangat sibuk dan mengharukan. Bermula 2 bulan lepas akhirnya Prof. Jungsuh Park kim telah berjaya datang ke PPBsBt. Membaca Cv nya sahaja cukup untuk menyebabkan rasa diri ini kerdil tetapi Prof. Kim seorang yang berjiwa besar dan penuh kasih sayang walaupun orangnya kecil molek. Dua hari lawatan beliau ke UKM telah dipenuhi dengan ilmu virologi dan terima kasih kepada semua yang hadir ke seminar beliau memberikan sokongan untuk hadir dan mendengar seminarnya. Harap anda semua telah mendapat manfaat dan terus berusaha memperbaiki diri dalam dunia sains. Dua hari bersama Prof. Kim amat memberi kesan kepada saya dan diakhir pertemuan kami, seolah-olah saya berpisah dengan seorang yang telah lama saya kenali. Keikhlasan dalam diri masing-masing menjerut perasaan kami, moga beliau dan saya akan dapat mengekalkan persahabatan ini. Seperk

Lama tak menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hem, memang dah lama sangat tak menulis. Sejak kali terakhir bermacam-macam yang telah terjadi dalam hidup ini. Kereta kemalangan kena rempuh, pengalaman dengan tow truckers, gejala rasuah polis(?) dan komisen sana sini, saka kembali lagi (serem ni), paksaan untuk menulis manuskrip (sebat student sekali), beli hp baru (menggagau cari function) dan lagi dan lagi. Kita jarang mencatat menyebabkan kita sering lupa. Apa lagi ni dah masuk 40 +++ mula lupa, badan sakit sana sini, mata tak nampak dan dan dan.... Semua orang akan menempuhnya, takleh kata tak nak dan kata tak akan terjadi padaku. Itu hakikat kehidupan. Setakat dulu untuk hari ni. Laporan dari makmal MBM, UKM. Choww

Terima kasih atas maklumbalas

Alhamdulillah setakat hari ini ada 25 maklumbalas soal selidik sudah diterima. Saya kira ini cukup baik dan saya memerlukan ramai sukarelawan lagi. Mungkin ada masalah sedikit minggu pertama maklumbalas ini dikeluarkan. saya tak perasan yang hanya 10 maklumbalas sahaja diterima sebagai maksimum, jadi kena padamkan maklumbalas yang telah diterima bagi memberi laluan kepada maklumbalas baru. Walau apapun saya masih mengharapkan lebih ramai yang akan bekerjasama dengan saya. Terima kasih sekali lagi semua. Wassalam.

Mohon berikan maklum balas terhadap tinjauan ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, PPSMI telah dimulakan pada tahun 2003. Saya ingin tahu pendapat anda mengenainya. Mohon dapat luangkan masa mengisi tinjauan tersebut. Ini boleh membantu saya memahami apa yang pelajar saya inginkan dalam membantu pembelajaran mereka. Jika tinjauan ini dapat diisi oleh rakan-rakan anda yang lain sekurang-kurangnya di FST (yang telah tamat pengajian juga boleh turut serta) sila bantu saya dengan memberikan alamat URL tinjauan ini. Lebih ramai lebih bagus. Terima kasih sekali lagi. Semoga hari anda ceria. http://fs16.formsite.com/httpwwwukmmymsab/ppsmi

Kenapa pengajaran Sains dan Matematik harus kembali ke Bahasa Melayu

Berikut adalah hasil kajian TIMSS 2007 yang telah diterjemahkan. Kalau tak faham jugak atau tak nak faham dan ubah PPSMI memang benak benarlah orang yang buat polisi tu. Ada faham perkataan benak? Tak kut yang orang yang buat polisi tu faham mungkin stupid kot. Dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2007 tentang Prestasi Pelajar 8th Grade (Tingkatan 2) Malaysia dalam Ujian Matematik dan Sains Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron,Universiti Pendidikan Sultan Idris24 Februari, 2009. Apakah dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2077 mengenai Pencapaian Matematik dan Sains Pelajar 8th Grade (Tingkatan 2) Malaysia? Malaysia adalah antara 59 buah negara yang mengambil bahagian dalam kajian pencapaian Matematik dan Sains antarabangsa bagi pelajar berumur 14+ tahun Gred 8 (pelajar Tingkatan 2) yang dijalankan oleh Trends in International Mathematics and Science Study at Fourth and Eightth Grades, International Study Center (TIMSS 2007), Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, Massachu

Apa nak jadi dengan Malaysia ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa yang berlaku akhir-akhir ini di Malaysia amat mengharu-birukan dan terasa amat jelek. Politiklah, apa lagi. Penggunaan cara yang kotor dan tidak bermaruah untuk memerintah sangatlah menjijikkan. Sekarang ni kuasa wang melebihi segalanya dan kalau ada wang, segala yang hitam jadi putih, segala yang kotor jadi bersih. Semalam timbul pulak satu kes lagi. Orang yang sedang tidurpun ada orang nak ambik gambar lepas tu sebar dalam surat khabar. Lepas tu dia pula dimalukan dengan cara yang paling aib sekali dalam berita sebuah stesen TV. Walhalnya beliau adalah mangsa keadaan dan kini dilihat seolah-olah sebagai seorang penjenayah dan lebih teruk lagi seorang yang dikatakan tidak bermaruah. Kalau anda sendiri berada dalam bilik tidur, lantaklah nak berada dalam keadaan apapun. Tak payahlah nak buat isu pulak cara orang tidur dan santai. Lainlah kalau ada orang kedua... dan dan dan lagi Apapun memang tengah menyampah sekarang ni dengan keadaan di Malays

Kucing

Imej
Boleh dikatakan semua orang sukakan kucing termasuklah saya. Tetapi saya memilih untuk lebih sukakannya daripada memelihara kucing. Sebabnya mudah, tak mahu jaga makan minumnya dan yang paling tak tahan menguruskan bahan buangannya. Jadi jika anda sukakan kucing nak mahukan kucing sentiasa manja dengan anda, jadikan ia bintang kesayangan anda dalam Screen saver anda. Ramai yang berkunjung ke pejabat saya yang sentiasa tertarik untuk melihat haiwan kesayangan saya ini, iaitu dikaca monitorlah. Tak perlulah saya membeli makanan haiwan itu setiap bulan dll dan juga menahan bau e'k e'k nya (paham ke tu?). saya paparkan beberapa gambar kucing yang comel untuk dimuat turun ke screen saver anda. Saya dapat gambar-gambar ini melalui email. Jika ada sesiapa rasa ianya hak dia dan tak mahu ianya dipaparkan dalam blog ini, tolong maklumkan kepada saya. Ceria semua!!!

Sayangi ilmu dan jangan berhenti mencarinya

Imej
Bagi menghebatkan diri, anda perlu sentiasa mencari ilmu dan menyayanginya dengan menghebahkannya atau mengamalkannya. Sepanjang pencarian ilmu saya yang masih belum berhenti setakat ini, sikap ini secara tidak langsung telah membawa saya ke tempat yang tidak pernah saya impikan. Bermula dengan pengajian PhD, yang saya gunakan juga kesempatan itu untuk melihat negeri Inggeris, saya menggunakan kesempatan tersebut untuk melihat 6 negara Eropah lain: Perancis, Itali, Jerman, Austria, Belgium dan Belanda. Dinegara tersebut saya belajar cara hidup dan budaya rakyat disana, juga satu ilmu baru buat saya. Bagaimana nak guna ilmu ini, dengan melihat diri sendiri dan budaya sendiri, adakah ia lebih baik dan boleh dijadikan panduan hidup?? Selain itu, negara mentari terbit telah menerima kunjugan saya pada tahun 2006. Kekaguman saya adalah pada budaya yang tetap dipelihara serta bahasa Jepun yang dipulihara walau apapun teknologi canggih yang bisa ditembusi. Dimanakah kita dengan Bahasa Kebangs

Catatan kedua

Hari ini saya memulakan blog baru bertajuk Santai Bersama Nazlina. Ya menulis bukanlah sesuatu yang lazim buat saya. Harapan saya hari ini akan mengubah anggapan saya sendiri terhadap penulisan. Halangan saya adalah diri saya sendiri. Walhal menulis itu bukanlah sukar sangat. Diam tak diam dah berapa ayat yang saya catatkan. Saya sering menggunakan alasan ilmu tak cukup lagi, masa tak sempat dan seribu alasan lagi. Moga tahun Hijrah 1430 bersamaan Masihi 2009 akan mengubah anggapan saya ini dan tidak lagi takut-takut untuk menulis.

Catatan pertama

Baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog. Tercabar juga dengan kebolehan Pak Teh dan Prof Othman Ross menghasilkan blog mereka. Kena join jugak ni dan merasakan apa hebatnya ada blog.