Selain itu, negara mentari terbit telah menerima kunjugan saya pada tahun 2006. Kekaguman saya adalah pada budaya yang tetap dipelihara serta bahasa Jepun yang dipulihara walau apapun teknologi
canggih yang bisa ditembusi. Dimanakah kita dengan Bahasa Kebangsaan yang kini caca merba dan teknologi tempatan yang tidak ke mana-mana.
canggih yang bisa ditembusi. Dimanakah kita dengan Bahasa Kebangsaan yang kini caca merba dan teknologi tempatan yang tidak ke mana-mana.Satu lagi negara yang telah saya tempuhi dalam pencarian ilmu adalah Brazil. Perjalanan mengambil masa 2 hari 2 malam dengan pesawat MAS dan melalui hampir 90% kawasan berair. Satu pulangan yang sangat saya hargai. Walau bangsa yang pelbagai dilihat, mereka sebenarnya sangat aman dalam perpaduan kerana hanya menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Portugis.
Brazil terlebih dahulu ditakluki Portugis sebelum Feringgi tiba di Melaka. Mereka menakluki bumi dan bahasa Brazil lebih 1500 tahun dahulu. Apabila mereka masuk melalui Melaka, ia berjaya menakluki bumi Melaka tapi gagal menghilangkan Bahasa Melayu, terima kasih Laksamana Hang Tuah atas keperihatinannya dahulu dengan mengatakan Tidak Melayu Hilang DiDunia. Salah satu akar tunjang bangsa Melayu adalah bahasanya dan ia kekal sehingga kini. Namun dalam tahun 2003, bakal membawa era Melayu akan mula hilang bangsanya kerana cicir sudah bahasanya. Kita lihat apa yang bakal berlaku dan cuba hentikan ia dengan mengembalikan semula keluhuran Bahasa Melayu di bumi Malaysia ini.




0 ulasan:
Catat Ulasan