Kita anak Malaysia Anda lahir sebagai Melayu dalam keluarga beragama Islam di Malaysia. Anda harus bersyukur pada Allah atas nikmat itu. Jika anda dilahirkan sebagai Cina, India, Orang Asal, Serani, Iban, Kadazan, Murut atau lain-lain kaum di bumi bertuah ini, adakah anda punya pilihan untuk memilih tempat lahir anda? Adakah anda lahir dalam keluarga bukan Islam pilihan anda juga? Jawapannya tidak. Anda tidak dapat buat pilihan itu, semua Allah yang tentukan. Maka rakyat Malaysia sem ua, jika dah sah orang tu lahir di Malaysia walau apa bangsapun, raikanlah mereka sebagai rakyat Malaysia dan jangan buat kenyataan menghalau mereka. Jika mereka bukan Islam, dakwahkanlah sebagai tanggungjawab kita sebagai org Islam, hidayah tu hanya dari Allah bukan dari kita. Kenapa masih ada sentimen perkauman setelah 55 tahun merdeka ? Ini kerana parti yang mendapat mandat memerintah kerajaan sekarang tidak ikhlas dalam hal ini. Masih lagi guna pecah dan perintah tapi berselindung ...
Ulasan
Catat Ulasan