Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Travelog Haji 1434H/2013M-Catatan 1

Imej
Assalamualaikum,
Sehingga Mac 2014, telah hampir 5 bulan saya kembali dari menunaikan haji, umrah dan ziarah. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Tuhan yang memiliki dua tanah suci (haramain) itu yang mengizinkan saya dan suami menjadi tetamuNya. Sebelum ke sana saya berniat untuk menghasilkan Travelog Haji saya sendiri dengan mengadakan buku nota kecil yang jarang berenggang dengan saya ke mana juga saya pergi. Tapi  samapai sekarang hanya 1 tulisan yang berjaya ditulis. Moga Allah memberi kelapangan kepada saya berkongsi pengalaman semoga mendapat pengajaran sekurang-kurangnya memberi keyakinan kepada para hujjaj yang belum berkesempatan menunaikan haji, umtrah dan ziarah. Tatapilah bersama Travelog bahagian 1 saya:

Travelog Haji 1434H/2013M

Alhamdulillah musim haji tahun ni, saya dijemput Allah Subhanahu wa Taala sebagai tetamunya di BaitullAhilHaram bersama jutaan lagi tetamu lain. Syukur dan Alhamdulillah...Ucapan yang sering dilafaz bermula dari rumah sepanjang dalam p…