PTPTN VS BIASISWA
Sekarang ni heboh nak mansuh PTPTN. Dah dekat pilihanraya
ni, minta dari BN, semua BN akan cuba tunaikan atau dalih2 dengan harapan,
Pakatan Rakyat pulak dok cucuk cucuk. Strategi menjadik bagi PR dan juga semua
bahagian ADUN dan Parlimen yang bukan di bawah BN. Kawasan bukan BN akan dianak
tirikan dengan tidak mendapat bantuan dan sebaliknya berlaku bagi kawasan PR.
Kawasan Selangor dapat janji paling besar.
Ok tak nak cerita pasal tu lagi, nak cerita pasal masa saya
jadi pelajar. PTPTN tak de dan saya dapat belajar sehingga ijazah Doktor Falsafah
dengan bantuan penuh kerajaan Malaysia yang masa tu diterajui BN. Tapi kenapa
sekarang kerajaan BN tak boleh nak biaya rakyat Malaysia lagi tetapi digalakkan
berhutang? Mari kita imbas sejarah kembali berdasarkan pengamatan saya.
Masa saya dulu tak sebutpun modal insan, tapi sayalah modal
insan itu. Mak bapak saya tak pernah mengungkit nak sekolahkan saya supaya saya
jadi insan yang berilmu dan berguna untuk mereka. Keikhlasan merekalah yang
menjadikan saya sepertimana sekarang. Berbalik kepada Negara kita Malaysia,
kerajaan adalah pengurus atau ibu dan bapa kepada rakyatnya. Memberikan mereka
pendidikan akan menjadikan anak-anak ini (rakyat), orang yang berilmu dan
menggunakan ilmunya dengan baik dan akan mendapat balasan yang setimpal. Itulah
modal yang telah dilaburkan kerajaan sejak dulu sehinggalah berlaku perubahan
dengan adanya PTPTN. Rakyat yang lahir dari pelaburan itu dulu Berjaya mengharungi
pelbagai duri dan onak setiap kali berlakunya kegawatan ekonomi yang masanya
tiba 10 tahun sekali sejak 1988, 1998, sehingga sekarang belum mampu pulih
lagi. Rakyat inilah yang telah membina Negara ini dalam keadaan yang anda lihat
sekarang. Kalau dulu nak tengok Klinik/ kedai optometri/kedai runcit/restoran/dll
yang dipelopori orang Melayu Islam sangat sukar. Atas kepayahan ini serta modal
yang telah dilaburkan, semua ini telah banyak dilihat sekarang. Rakyat ini
telah terbuka mindanya dan berani menyahut cabaran serta tahu mencari peluang.
Mereka itu kini telah mempunyai anak-anak yang antaranya memerlukan PTPTN ni
kerana masa itu mungkin mereka tak terfikir untuk menyimpan bagi anak-anak
mereka dengan anggapan bahawa anak-anak ini juga akan menerima biasiswa seperti
ibu bapa mereka. Namun, ini perkiraan
yang sangat meleset sekali kerana mereka yang menerajui kerajaan dulu tidak
sama dengan yang memerintah sekarang.
Sinis sekali berita yang dilaporkan hari ini (9 April 2012)
dalam akhbar Sinar Harian, Pak Menteri Pelajaran mengatakan bahawa lepas
belajar pelajar akan dapat ijazah yang akan dimanfaatkan olehnya seorang
sahaja. Cetek sungguh pemikiran Pak Menteri ini (sapelah yang lantik dia ni).
Memanglah itulah yang jadi sekarang kerana itulah sistem pendidikan di Negara ini,
macam kilang keluar produk kilangkah pelajar kita? Sistem pendidikan juga punah
diperkosa dek golongan ini juga yang tidak lagi dapat berfikir dengan betul.
Bab ni cerita masa lain. Tapi ini ada kaitannya dengan PTPTN yang mana,
kurikulum yang dulunya 4 tahun disingkatkan ke 3 tahun demi dapat menyelamatkan
perbelanjaan setahun. Pelajar yang keluar juga singkatlah ilmunya. Kaji siapa
dan bila benda ini berlaku (petunjuk anggaran tahun 1994-1998-masa saya buat
PhD). Apabila diungkit semula boleh dia (Pak Menteri ini) kata kita cadang je,
tapi masa suruh buat ni dia kata macam, arahan… Konspirasi oleh ….. Lepas tu punahkan lagi sistem pendidikan
dengan PPSMI. Malangnya Negara ku Malaysia.
Jadi sekarang macam mana? Nak lupus PTPTN ke tak? PR dah
suruh BN mansuh dengan alasan sinisnya,
kalau hutang Tajudin boleh lupus, hutang NFC boleh lupus kenapa tak lupus je
PTPTN. Tajudin sorang, NFC satu keluarga, penghutang PTPTN kan ramai. Lepas tu
dulu ada Perwaja, PKFZ belum selesai dan macam-macam lagi duit Negara yang hilang.
Mesti depa penghutang PTPTN ni sangat berterimakasih kepada kerajaan BN jika
hutang ni lupus sebelum pilihanraya. Kalau janji lepas pilihanraya baru nak
lupus, baik undi PR je sebab PR pun dah buat janji ni sekarang. BN so bola PTPTN
ada di kaki anda nak tendang masuk ke keluar/ Ada bran?
Kalau PTPTN lupus, rakyat diugut dengan kenaikan cukai
pendapatan (baca maklumat ini dari surat khabar) hari ini. Nasib buruklah
pembayar cukai, saya bayar zakat je. Alasan kerajaan yang bagi pendidikan percuma,
rakyatnya bayar cukai tinggi. Hasil Negara ni bukannya cukai sahaja weh ooi,
kan ada minyak yang harganya sangat melambung tinggi. Kitakan ada getah dan
kelapa sawit yang juga harga tinggi, nilai pulangan ini kalau betul-betul diurus
boleh bagi kepada rakyat ni untuk belajar. Duit zakatpun antara asnafnya adalah
Ibnus Sabil (pelajarlah salah satu asnaf yang layak). Tu sebab saya bayar zakat
, dunia dapat akhiratpun dapat (pahala mengerjakan rukun Islam, InsyaAllah).
Bayar cukai pendapatan dapat pelepasan dunia sahaja, silap-silap orang lain
songlap. He he. Kalau ada yang songlap duit zakat, tak ke manapun dia dapat
lari. Tembelang mesti pecah punya.
Malaysia ini kaya dan didalamnya ramai orang beriman. Itulah
penyelamat Negara ini dari bencana sebab ramai yang suka menolong orang lain
(tak kira Islam atau bukan Islam) walaupun ada yang jahat. Kebaikan inilah yang
telah melindungi anda rakyat Malaysia. Keikhlasan manusia ini mendapat
perlindungan Allah, percayalah. Jadi kalau pemerintahnya baik, rakyatnya baik
dan terdidik, InsyaAllah Malaysia akan jadi sebuah Negara yang gemilang dan
disukai ramai (terutama orang Indon, Bangla dan terkini ajak pulak amah
Myanmar). Pulangkan semula kasih sayang rakyat ini kepada pemerintahan yang
adil dan benar. Formula pendidikan berteraskan Al Quran dan sunah akan
mewujudkan suasana aman dan tenang dalam Negara ini, InsyaAllah. Tak payahlah Pak Menteri Pendidikan nak buat
majlis macam kat UKM tadi dan sebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dari
pagi sampai petang kalau tiada keikhlasan sebenar nak tukar sistem pendidikan
Malaysia ke arah yang lebih mantap. Orangpun tak menyampah.
Rakyat Malaysia sila bangun dari tidur anda dalam buaian
yang mengasyikkan. Bangun dan buatlah perubahan.
Nazlina Ibrahim
6.29 petang (9 April 2012)
Santai bersama Nazlina
Blog santai Dr. Nazlina
Isnin, 9 April 2012
Ahad, 8 April 2012
Apa yang telah saya pelajari,-apa yang anda telah dapati
Apa yang telah saya pelajari,-apa yang anda telah dapati .
Tulisan ini berikutan dengan timbulnya hasrat melancarkan tshirt Kelab Mikrobiologi UKM. Hasil maklumbalas pemilihan tagline daripada undian seperti di bawah:
Pemilihan tagline tshirt Kelab Mikrobiologi
1. To see the future we must see the creature (sedia ada)
2. salam kuman 1 malaysia
3. salam 1 kuman
4. kumanologis sedang bekerja
5. organisma mikro dengan dampak makro
6. kumanku kumanmu jua
7. 'Microbiology Odd Created'
8. Kuman mungkin tak dapat dilihat, tapi anda sedang melihat seorang kumanologis
9. Awas pembiak dan pembiakbaka kuman
10. Anda sedang melihat Mikrobiologis
11. beware microbes
12. AWAS...!!! kumanologis sedang bekerja.
13. Microscopic world is in our hands
14. Mikrobiologis dalam pembikinan
15. I'm a walking Microbes
16. we see the unseen
17. STREAKING IS COOL
18. "Ahli Kaji Kuman yang tak Koman"
19. beware microbes
20. Awas!!!...Fermenter sedang berjalan'
21. Ahli Kaji Kuman
22. KAMI TAK TAKUT KUMAN
23. WE ARE BORN TO STREAK BECAUSE WE ARE THE FUTURE OF HUMANITY
24. SAYA SANGGUP MATI DEMI KUMAN
25. NO MATTER HOW SMALL WE ARE, WE EXIST FOR HUMANITY
Syabas saya ucapkan kepada semua yang telah sama-sama memberikan pendapat mereka dan ramai lagi yang cuma berdiam diri (seperti biasa). Sebenarnya ini cubaan kedua saya untuk menggunakan facebook sebagai wadah untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Kali pertama saya cuba gunakan semasa kursus virologi. Cuba menggunakan artikel yang dikemukakan oleh Hidayat sebagai pemula bicara. Namun, tiada siapa yang merancakkanya. Gagal cubaan itu. Kali ini nampaknya berjaya setakat ini. Kebanyakan dari anda telah mengharungi hidup sebagai pelajar program mikrobiologi. Jadi apabila saya meminta anda mengeluarkan tagline, itulah sebenarnya cara saya untuk menilai sama ada objektif yang kami para pensyarah maklumkan melalui PEO (MQF) dalam buku panduan prasiswazah telah tercapai atau tidak. Melalui maklumbalas yang diterima, saya ingin merasai apa yang anda anggap dan rasai setelah bergelumang dalam dunia program mikrobiologi selama hampir 3 tahun ini dan adakah anda telah rasai kepentingannya dan kepentingan anda di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Tajuk artikel ini ‘Apa yang telah saya pelajari’, maka jawapan saya setakat ini adalah PEO yang kami letakkan hampir tercapai. Apa yang saya maksudkan, lihat dibawah:
PEO Mikrobiologi:
Pengetahuan terkini dalam prinsip dan konsep mikrobiologi.
• Kemahiran dalam mengendalikan mikroorganisma. (sekurang-kurangnya ramai yang tahu streaking, ada yang tahu makna streaking selain mencoret- cari sendiri)
• Kemahiran dalam kaedah mendapatkan maklumat dan pengetahuan mikrobiologi daripada berbagai sumber termasuk penyelidikan di makmal dan lapangan. (yang ni Hidayat selalu update kita)
• Keupayaan dalam kemahiran insaniah. (yang ini selalu saya baca komen insaniah anda semua sama ada yang baik atau yang suka main-main –insanlah tu)
• Keupayaan mengembangkan ilmu mikrobiologi untuk kesejahteraan masyarakat. (WE ARE BORN TO STREAK BECAUSE WE ARE THE FUTURE OF HUMANITY-need more to write?)
• Keupayaan menceburi bidang penyelidikan dan alam pekerjaan dalam bidang mikrobiologi dan bidang berkaitan-( KAMI TAK TAKUT KUMAN,. I'm the Walking Microbes, Microscopic world is in our hands- nak komen apa lagi, saya yakin anda akan boleh berjaya dalam hidup berkerjaya anda nanti walaupun bukan dalam bidang mikrobiologi)
Perkara kedua yang telah saya pelajari daripada proses ini adalah adanya cetusan-cetusan idea asli yang menarik daripada pelajar. Saya memulakan beberapa tagline yang saya kutip dan salin ke dalam ruang lingkup mikrobiologi berdasarkan apa yang selalu dingiangkan dalam kepala kita. Ada yang idea lama tapi diperbaharui, ada yang diMelayukan dan pelbagai lagi. Apa yang penting adalah anda semua harus berani mengeluarkan pendapat masing-masing. Saya memberikan anda ruang mengeluarkan pendapat dan saya hargai semua pendapat walaupun ianya mungkin dibaca dalam mana-mana tulisan orang lain. Saya tahu mengeluarkan pendapat sangat susah tetapi mendapat penghargaan kerana mengeluarkan pendapat lagi susah untuk didengari/dibaca. Manakala mendapat kutukan sangat senang dan selalu diterima. Itulah kehidupan dan siapa yang menguruskan dan menghadapi kehidupan, kita juga. Jadi sebagai kemahiran insaniah yang perlu diterapkan di sini adalah dalam sesuatu organisasi (kelab Mikrobiologi), semua ahli organisasi perlu merasai dia berada dalam organisasi tersebut. Setiap keputusan mestilah diambil secara persetujuan bersama, bermesyuaratlah dan ambil keputusan terbaik walaupun mungkin ia tidak popular. Pengundian tagline yang dilakukan oleh anda semua, semaklah semula akan kebenarannya, kesesuaiannya dan dampaknya kepada diri anda dan orang disekeliling anda. Misalnya perkataan kuman-memang dah tak ramai yang pakai sebab mikrobiologi lebih dominan, tapi apa salahnya jika ianya dihidupkan semula, kita tak guna istilah tu, istilah itu akan mati, anda sebagai pelajar UKM seharusnya menghidupkan BM dan tidak terikut dengan apa yang orang lain anggap biasa tetapi sebenarnya pinjaman daripada bahasa Inggeris. Ada setengah tagline agak merisaukan orang, Awas pembiak dan pembiakbaka kuman, beware microbes, I'm a walking Microbes- jadi fikirkan kesesuaiannya apabila anda berjalan di tempat awam.
Maka nak buat tagline ini bukanlah sesuatu yang mudah walaupun anda anggap tak ada dampaknya kepada anda. Fikirkan bahawa anda akan memakai tshirt tersebut, haruslah ia mencerminkan siapa anda dan dari mana anda dating. Seharusnya ia (tagline itu) menjadi sesuatu yang anda suka dan bangga untuk dikaitkan.
Apa yang anda telah dapati- terpulang kepada anda.
Bagi saya, ambillah apa yang telah saya pelajari ini dan bermesyuaratlah dengan baik dan ambil pandangan semua orang. Jangan gunakan pandangan orang yang berpengaruh sahaja dan merealisasikannya. Anda harus berpegang dengan pendapat yang paling disukai dan diterima semua orang walaupun asalnya pandangan itu adalah minoriti. Tagline terbaik adalah tagline yang disukai dan dibanggakan oleh semua orang dan anda tidak malu dek keranya. Seperkara penting lagi ialah tagline itu semua orang faham dan boleh mempertahankannya dengan hujah yang mantap. Jika benar kenapa ia benar dan jika salah kenapa ia salah.
Saya harap dengan penulisan ini, anda telah mempelajari sesuatu yang bermakna. Mungkin pada mulanya Nampak macam suka-suka tetapi sia-sialah masa seorang Muslim itu jika apa yang dilakukannya sekadar sesuatu yang sia-sia. Pembelajaran dan pengajaran boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Semoga anda semuanya berjaya dalam kehidupan anda dan ingat semua pesanan saya, walaupun ia bermula dengan hanya tagline Kelab Mikrobiologi.
Dr. Nazlina Ibrahim
1045 pagi ( April 2012)
Rabu, 14 Disember 2011
Bengkel Penerbitan Buku Saintifik
Semalam dan hari ini (13 & 14 Disember 2011) telah dijalankan Bengkel Penerbitan Buku Saintifik anjurn Taman Paku Pakis dan FST. Kerja selama hampir sebulan ni hampir tamat. Pada saya dah berjaya, peserta tak tahulah lagi. Lepas ni nak kena tanya semua peserta. Skurang-kurangnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan secara amnya. Apa yang penting kena tulis idea yang datang dan terbitkannya. Jika tidak, ianya akan dicilok oleh orang lain yang lebih laju daripada kita. Kena tulis satu hari satu mukasurat sekurang-kurangnya.Mesti kuatkan semangat dan siapkan buku yang telah siap hampir separuh tu.. Nantikannnya.
4.00 petang 14 Disember 2011.
4.00 petang 14 Disember 2011.
Khamis, 5 Ogos 2010
Gegaran Bahasa Melayu Di PPBsBt
Salam Semua,
Minggu ini Awal Ogos 2010 timbul ketidak puasan hati beberapa pelajar mengenai pengajaran yang dilakukan dalam Bahasa Melayu dan dilaporkan dalam SAD. NC ambil berat hal ini. Berikut pandangan peribadi saya.
KENAPA SAYA INGIN TERUS MENGAJAR DALAM BAHASA MELAYU?
Pengajaran dalam Bahasa Inggeris (BI) di peringkat universiti tidak pernah diwartakan oleh Kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengajian di peringkat universiti iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Tidak seperti PPSMI yang begitu berani dipertahankan sejak Tun Mahathir memutuskan ianya perlu dilaksanakan pada tahun 2003. Pihak KPT pernah membincangkannya diperingkat Naib-Naib Canselor dan keputusannya sebenarnya sangat samar. Hakikatnya ianya dipulangkan kepada universiti. Hakikat kedua, menteri tidak berani mengeluarkan arahan jelas sepertimana PPSMI. Di pihak Naib Canselor ketika itu dan pengurusan tertinggi ketika itu lebih memihak untuk menerima pengajaran BI sepertimana PPSMI bagi menjaga periuk nasi dan kedudukan masing-masing dan bersetuju dengan ahli politik memerintah. Kata menteri bak wahyu.
Pada peringkat atasan dan pembuat dasar UKM bersetuju untuk menjalankan pengajaran dalam Bahasa Inggeris secara berperingkat dengan pewarwaran dibuat melalui petikan minit mesyuarat senat. UKM sendiri sebenarnya tidak mengeluarkan pemakluman hitam putih seperti pekeliling atau memo tentang perlaksanaan pengajaran. Keputusan UKM untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris mendapat tentangan diperingkat bawahan termasuklah oleh saya sendiri.
Namun begitu, berdasarkan petikan minit tersebut, maka bermulalah era pengajaran BI bagi Sains dan Teknologi (S & T) di tahun 1 sepenuhnya pada tahun 2004. Bagi Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi (PPBsBt) pengajaran bagi kursus-kursus wajib pusat dalam setiap program diajar didalam BI. Semua kursus tahun 1 diajar dalam BI, begitu juga beberapa kursus di tahun 2 pada tahun berikutnya (Biokimia, Teknologi DNA rekombinan, Genetik Mikrob). Di tahun kedua dan ketiga, semua kursus wajib program diajar dalam BM. Tesis juga dikekalkan dalam Bahasa Melayu. Sejak itu, para pelajar menjalani pembelajaran dalam kedua-dua bahasa seperti mana yang berlaku sekarang ini. Tiada usaha untuk mengurang atau menambah apa yang diamalkan. Walau apapun, langkah yang dilakukan memang langkah yang sumbang dan menongkah arus. Antara kemahuan untuk terus memperjuangkan BM sebagai bahasa ilmu sepertimana yang diidamkan oleh pejuang UKM yang inginkan sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar atau mengikut kemahuan Pak Menteri yang berkuasa.
Jika diteliti misi UKM, pengajaran BM sebagai bahasa pengantar merupakan salah satu misi utamanya. Maka jelas, pengajaran BI di UKM merupakan percanggahan terhadap misi ini. BM telah dengan jelas menjadi asas kepada pembentukan universiti ini seperti mana yang diakui dalam perlembagaan yang menjadikan BM sebagai bahasa rasmi Malaysia. Ini bermakna semua urusan rasmi kerajaan termasuklah pengajaran di sekolah harus dilakukan dalam Bahasa Melayu kecuali Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Bahasa Arab. Ini adalah salah satu punca mengapa tiada siapa yang berani untuk mengeluarkan arahan jelas berkaitan pengajaran BI di UKM khususnya. Inilah alasan kukuh bagi saya mengapa pengajaran BM harus diteruskan di UKM.
Saban tahun NC akan mencanangkan bahawa UKM masih mengamalkan pengajaran dalam BM. Hakikat ini cuma menerima senyuman sinis daripada saya setiap kali disebut semasa majlis konvokesyen. Tahun ini saya tunggu tarikh 10 Ogos 2010 sama ada kedengaran lagi bait-bait ini.
Para pelajar yang disayangi,
Anda adalah mangsa keadaan politik negara ini sejak tahun 1998. Sudah 12 tahun ketidak tentuan dan kecelaruan berlaku oleh pembuat dasar dan akta negara. Kebanyakan dasar yang berlaku sejak 12 tahun ini sering kali tersasar daripada memberi manfaat kepada rakyat negara ini. Termasuklah pengajaran dalam BI ini. Kumpulan-kumpulan yang berani menentangnya mempunyai prinsip yang dipegang. Begitu juga saya. Prinsip saya adalah S & T perlu diajar dalam BM. Penggunaan BM sebagai bahasa ilmu tidak boleh dinafikan kerana jika dinafikan bermakna tamadun bangsa dan bahasa itu sendiri bakal hilang. UKM telah berjaya selama 40 tahun memartabatkan BM dipersada S & T. Khazanah ilmu dalam bentuk penulisan tesis, makalah, buku, laporan dan lain-lain tidak terhingga banyaknya. Inilah bukti ketamadunan itu. Jika ini tidak diteruskan oleh generasi sekarang ini, maka yakinlah bahawa ketamadunan Melayu bakal berakhir. Saya tidak mahu dipersalahkan oleh anak cucu saya kerana tidak melakukan sesuatu bagi menjaga ketamadunan ini.
Ya, memang sekarang ini UKM mengejar KPI, tempat teratas di Times Higher Education (THES) dan lain-lain bentuk penarafan. Penarafan ini hanya datang melalui kerja keras dan yang paling penting keilmuan itu sendiri. Ilmu akan cuma diperolehi bila kita faham akan dasar ilmu itu sendiri. Bagaimana nak memahaminya? Dalam bahasa yang paling dekat dengan orang itu. Bahasa ibundanya, bahasa rumahnya, bahasa pertamanya. Rakan-rakan berbangsa lain akan berkata, BM bukan bahasa kami. Tapi kitakan rakyat Satu Malaysia! (macamlah saya seronok sangat dengan slogan ini). Bahasa Melayu selain daripada bahasa ilmu, juga merupakan bahasa perpaduan bangsa Malaysia. Telah dipersetujui semasa Tanah Melayu dibentuk, bahasa rasmi bahasa Melayu. Semua mahukan keamanan maka berbicara dalam satu bahasa adalah caranya. Tapi saya tak pernah menidakkan untuk pelajar berbicara dalam bahasa Cina atau India jika mereka berbincang semasa kelas atau amali. Jika ini memudahkan mereka memahami sesuatu hal dalam bahasa mereka, nah silakan.
Ini terbukti dimana-mana sahaja, Jepun dengan bahasa Jepunnya- ia maju tanpa perlu mempedulikan hebatnya penguasaan BInya. Begitu juga Perancis dengan bahasanya. Memanglah takkan kita nak orang Inggeris bercakap Melayu supaya hebat, mestilah dia akan guna bahasa nenek moyangnya. Pengalaman saya di Brazil yang menggunakan bahasa penjajah negaranya iaitu Portugis, orang Brazil memang bersatu walaupun berbeza kaum di sana. Mereka tak pulak asyik mengatakan saling baiknya mereka antara kaum seperti yang selalu dicanangkan di Malaysia. Bila berjumpa antara mereka asyik berpeluk sahaja kerja mereka yang menggambarkan kemesraan dan bahasa mereka satu-Portugis. Mereka hebat di segi sains. Saya bertemu dengan seorang nenek yang berusia 90 tahun yang merupakan jurutera kimia dizaman mudanya. Nenek di Malaysia kebanyakannya suri rumah tangga sahaja. Mereka juga sudah ada bioetanol sendiri.
Portugis menjajah Brazil sebelum mereka menjajah Melaka dan berjaya menukar bahasa ibunda setempat ke bahasa Portugis. Orang Melayu pada tahun 1511 sehinggalah kini cuma mengambil beberapa perkataan bahasa Portugis untuk digunakan. Contohnya keju, mentega dan almari. Kedatangan Portugis membawa bahan-bahan ini ke Tanah Melayu. Melayu ketika itu masih kekal dengan bahasa Melayu begitu juga selepas Belanda dan Inggeris datang. Bermakna nenek moyang kita berjaya mempertahankan Bahasa Melayu daripada dinodai oleh 3 negara penjajah selama hampir 450 tahun. Malang sekali selepas hampir 50 tahun Malaysia merdeka daripada Inggeris, kita berhadapan dengan pengkhianat bahasa Melayu yang ingin ianya diketepikan melalui PPSMI. Langkahnya telah berjaya kerana ada antara anda bersetuju untuk terus belajar dalam Bahasa Inggeris dan menafikan keupayaan BM sebagai bahasa S & T. Fikirkanlah apa yang anda ingin wariskan kepada generasi akan datang.
Saya sama sekali bukannya tidak mahu anda maju dalam BI. Jangan salahkan saya yang ingin anda guna BM kerana saya mahu anda mahir kedua-dua bahasa. Anda mungkin satu hari nanti bakal jadi Menteri Kesihatan menggantikan Datuk Liow (?) Tiong Lai yang merupakan graduan UKM. Lihat dia berbahasa Melayu, tidak janggal. Atau mungkin sekadar jadi pembantu ahli politik seperti Teoh Beng Hock (harap anda tak mati ngeri sepertinya) yang juga graduan UKM. Gunakan kelebihan berbahasa Melayu sebagai aset anda dan bukannya kekurangan anda. Ingat universiti lain tidak menawarkan BM kepada pelajarnya. Anda juga boleh jadi penterjemah atau wartawan.
Jangan salahkan saya atau PPBsBt jika anda tidak fasih berbahasa Inggeris. Berapa tahun anda telah belajar BI? Bermula daripada tadika sampai sekarang: lebih kurang (2+6+5+2+2 (U) = 17 tahun. Kenapa tak pandai-pandai lagi???? Bermaksud UKM tidak patut disalahkan semata-mata, anda perlu melihat diri anda dan mungkin juga boleh salahkan sistem pendidikan disekolah anda dulu. Bagi saya, saya ingin anda membaca Coico, Brock dan Todar untuk memahami kuliah. Sudahkah anda berbuat demikian?
Berfikirlah secara rasional. Jika ada majikan yang tidak mahukan siswazah UKM, kaji mengapa ini berlaku dan persiapkan diri anda dengan kemahiran tambahan. Bagi saya, tidak mengambil pelajar UKM adalah satu kerugian besar majikan tersebut. Siswazah UKM khususnya mikrobiologi dilengkapi pakej yang sempurna kerana pensyarah-pensyarahnya juga mengutamakan kesempurnaan (kenalah puji diri sendiri juga). Pengalaman dan maklumbalas daripada majikan menyifatkan mutu pelajar UKM adalah lebih baik daripada universiti lain. Apa yang penting anda harus manfaatkan sebaik mungkin ilmu yang diperolehi di UKM walau dalam apa bahasapun. Yang penting anda fahami ia dan gunakannya untuk kesejahteraan hidup anda dan makhluk lain disekeliling anda. Saya hanya mengharapkan anda berusaha dengan gigih. Kejayaan yang datang bersama usaha gigih akan memberikan kepuasan dalam hidup dan semanis-manis kenangan dimasa hadapan.
Nazlina Ibrahim
Bangi Perdana
11.45 malam 21 Syaaban 1431/2 Ogos 2010.

Rabu, 4 November 2009
Rezeki daripada Allah
Bagi saya Alhamdulillah setakat ni rasanya gaji wajib dah habis diselesaikan tak lama selepas dapat gaji tu. Lebih-lebih lagi raya Deepavali. Alhamdulillah bulan Oktober banyak jemputan dihujung minggu, rayalah, raya dan raya lagilah, orang kenduri kawin,orang nak gi haji -tiap-tiap minggu. Kira settlelah untuk hujung minggu tu bawak anak gi rumah orang mentekedarah. Jadi tak yahlah nak bawak KFC ke Mc DOnald ke yang rasanya dah hampir 11 bulan tak makan kat sana (oh raya dulu makan KFC tapi habis RM50 je sebab anak duduk dalam keta). Yelah sejak boikot barangan semua tu masa Israel serang PAlestin. Ini satu bentuk rezeki dan kita kena pekalah akan perkara ini.
Minggu lepas dapat tahu FRGS dapat duit . JAdi anak-anak muridku adalah rezeki untuk mereka beli barang projek. Hari ni pulak dapat tahu kesemua empat orang pelajar sarjana dapat sumban
gan daripada Tabung Mobiliti Program, sampai jugak hajat dema nak gi Penang dengan bergaya. Kalau tak kena naik tongkang le masing-masing. Dan aku masih menghitung hari , 20 hari lagi ke hari Gaji. Well nasib baik ada kutu yang mampu ku makan darinya, ahhh macam monyet ke pulak. Kena jimat-jimat dan beringat untuk countdown 20 hari ni. 
Tapi esok ada orang bela
nja kenduri nak gi haji lagi, begitu juga 8 hb. Selamat hujung minggu ni. Kita kena selalu ingat bahawa inilah rezeki daripada Allah, dan bila kita ingat seterusnya kena syukur. Dan tak semestinya bila kita tak ada duit , kita tak boleh bersedekah, kerana bersedekah itu sebenarnya menambah rezeki kita lagi, InsyaAllah. Apa yang penting????
Ikhlas dan sentiasa bersyukur.
Ini beberapa gambar yang dah kira terlewat nak edar. Langkawi bulan 6, la ni dah bulan 11. Biar lambat asal selamat.
Jumpa lagi... ntah bila
Ahad, 9 Ogos 2009
Kenapa kita tak dapat apa yang kita nak?
Assalamualaikum,
Satu pagi tu saya lalu belakang rumah (mahligai) di Bandar BAru BAngi ni. Lepas tu terpacullah kata-kata, besarnya rumah tu, bila gaknya aku nak dapat. Selepas tu sayapun cepat-cepat Istighfar, mungkin kalu aku dapat mahligai tu di dunia, Allah tak akan berikan kan ku mahligai di syurga yang lebih kekal dan abadi.
Begitulah, hidup ini kita harus bersyukur dengan apa yang kita perolehi selepas melakukan segenap usaha terhadap apa yang kita inginkan. Kena usaha dulu baru terima dengan syukur dan sabar. Juga kita harus ukur kemahuan kita dengan usaha dan keupayaan kita. Kalau dah gaji tu tak banyak mana, kenalah ada rumah yang sebesar gaji tu. Orang bergajikan tak banyak mana pendapatan sebulan berbanding orang berniaga. Prinsip hidup saya , jangan sampai kena berhutang tiap bulan lebih-lebih lagi kad kredit, takut putus nyawa tengah-tengah kan naya sebelum sempat bayar hutang kad.
Berbalik kepada rumah tadi, baru-baru ni ada berborak dengan sorang kawan, dia kata ada orang tu rumah dia sangatlah besar, tapi yuran sekolah anak dia dah lima bulan tak bayar. Apa yang nak ditonjolkan di sini adalah, kalau kita ada rumah baesar manapun, kalau setiap bulan teruk kena bayar ansuran rumah dan lepas tu tak langsaikan hutang kepada yang berhak, bermakna hidupnya memang tak senang, malah susah lebih daripada orang yang miskin. Ini yang disebut rezeki sedikit tetapi berkat, jangan pula rezeki banyak tapi banyak yang dah diakad (hutang le tu).
Maka kita kena sentiasa memastikan bahawa hidup kita sentiasa berkat dan bersih daripada hutang. Hidup bahagia, mati roh tak tergantung dek hutang. Selamat berpuasa semuanya.

Isnin, 6 Julai 2009
Catatan baru
Assalamualaikum,
Ada orang minta saya update blog. Oklah tak nak kecewakan orang. Nak cerita apa ye? Ringkas sahajalah buat kali ni. Tentang anak yang tak mahu ke sekolah. Sejak buka sekolah selepas cuti sekolah baru-baru ini, anak saya bernama Inas meragam tak mahu ke sekolah. Apa punca nya? Tak tahulah belum guna psikologi lagi, tapi dah nak psikogila dibuatnya. Nasib baik berkahwin dengan orng yang sabar ehem ehem sebenarnya sangat- sangat-sangat sabar. Kenalah sangat dengan perangai aku yang sangat tidak sabar. Alkisahnya sampai hari ni masih tak nak ke sekolah. Dah jumpa anak murid Haron Din buat air doa untuk minum dan mandi, tiga hari berturut-turut,. Lepas tu jumpa ustaz lain, katanya gangguan pada diri tak ada , cuma semangat dia dah tak de. Ada tau sesapa yang boleh jual semangat?? Kata Cikgu2 kelas yang Inas berada memang keras, selalu ada kes budak tak nak gi sekolah. Cubalah cabar-cabar sikit, memang terasa nyeri gitu masa tanya Inas kat mana budak yang selalu kacau dia. Lepas tu cakaplah jangan kacau anak aku dan juga budak kelas ni, diorang nak belajar. Nampak tak jalan, dah baca Yasin dua kali kat sekolah. Masih berikhtiar suruh minum air zam zam pula. Engkorang ada idea lain untuk atasi masalah ni?

Langgan:
Catatan (Atom)