Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Satu catatan pengalaman si Aspergillus hijau

Imej
Satu catatan pengalaman si Aspergillus hijau   Pagi itu agak lembap kerana malamnya hujan turun agak lebat dan lama. Si kumpulan monyet telah melakukan sorakan pagi mereka seperti biasa. Tanah sekelilingku tiba-tiba bergegar-gegar. Tak lama kemudian terdengar derapan kasut menghampiri tempatku. Terdengar suara manusia berkata “Kita boleh ambil tanah di sini, ini sampel untuk kawasan tinggi. Jangan lupa ambil gambar”. Kawanan manusia itupun berhenti. Beberapa orang mengeluarkan peralatan mereka. Manakala yang lain menunggu kawan mereka melakukan tugasan yang diminta. Seorang dari mereka berkata, “Jom ambik gambar”. Sepantas kilat kawanan yang menunggu itu beratur sederet.     Manusia yang tadi berada hampir denganku dan terdengar dia berkata,”Mana spatula tu? Bekas tanah sekali ya”, Dengan tak semena-semena satu benda seperti besi datang mengorekku bersama tanah disekelilingku. Si Bacillus, Aspergillus hitam, Pseudomonas serta lain-lain rakan kami diangkat bersama dalam sp