Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Anak kecil itu-sekelumit kisah kehidupan

Anak kecil itu masih mengharapkan bapanya kembali kepada walaupun dia sendiri mengetahui hakikat sebenarnya. Dicari bapanya dipejabat ayahnya dan ternyata dia tidak ada di situ. Dia tak puas hati dan mahu ke satu lagi pejabat bapanya yang sebelum itu sering ia pergi tapi kini dihuni oleh orang lain. Untuk tidak menghampakannya diturut sahaja kehendaknya tetapi dengan janji bahawa jika bilik itu diketuk dan tak dapat dibuka, kita akan beredar. Maka anak itu sendiri mengetu bilik itu dan membuka kuncinya. Ternyata pintu tak dapat dibuka. Maka diajak beredar. Dia akur. Kami bergerak semula ke tempat pertemuan awal untuk jamuan makan. Namun, anak kecil itu merajuk dan tidak puas hati. Diajaknya sekali lagi ke pejabat lama ayahnya. Diakurkan sahaja. Hampa juga. Hakikatnya memang sukar menerima kenyataan bahawa bapanya telah pergi selama-lamanya, namun berharap dia hanya bersembunyi di tempat kerjanya. Rindunya pasti tak terkira namun Allah lebih menyayanginya. Itulah sekelumit kisah benar d