Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Minggu lepas yang sangat sibuk

Hai, berjumpa lagi. Minggu lepas dengan bantuan para pelajar sarjana di makmal 3148 , Nad, Ina, Ida dan Adibah saya telah berjaya mengharungi 2 hari yang sangat sibuk dan mengharukan. Bermula 2 bulan lepas akhirnya Prof. Jungsuh Park kim telah berjaya datang ke PPBsBt. Membaca Cv nya sahaja cukup untuk menyebabkan rasa diri ini kerdil tetapi Prof. Kim seorang yang berjiwa besar dan penuh kasih sayang walaupun orangnya kecil molek. Dua hari lawatan beliau ke UKM telah dipenuhi dengan ilmu virologi dan terima kasih kepada semua yang hadir ke seminar beliau memberikan sokongan untuk hadir dan mendengar seminarnya. Harap anda semua telah mendapat manfaat dan terus berusaha memperbaiki diri dalam dunia sains. Dua hari bersama Prof. Kim amat memberi kesan kepada saya dan diakhir pertemuan kami, seolah-olah saya berpisah dengan seorang yang telah lama saya kenali. Keikhlasan dalam diri masing-masing menjerut perasaan kami, moga beliau dan saya akan dapat mengekalkan persahabatan ini. Seperk

Lama tak menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hem, memang dah lama sangat tak menulis. Sejak kali terakhir bermacam-macam yang telah terjadi dalam hidup ini. Kereta kemalangan kena rempuh, pengalaman dengan tow truckers, gejala rasuah polis(?) dan komisen sana sini, saka kembali lagi (serem ni), paksaan untuk menulis manuskrip (sebat student sekali), beli hp baru (menggagau cari function) dan lagi dan lagi. Kita jarang mencatat menyebabkan kita sering lupa. Apa lagi ni dah masuk 40 +++ mula lupa, badan sakit sana sini, mata tak nampak dan dan dan.... Semua orang akan menempuhnya, takleh kata tak nak dan kata tak akan terjadi padaku. Itu hakikat kehidupan. Setakat dulu untuk hari ni. Laporan dari makmal MBM, UKM. Choww