Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Kenapa kita tak dapat apa yang kita nak?

Assalamualaikum, Satu pagi tu saya lalu belakang rumah (mahligai) di Bandar BAru BAngi ni. Lepas tu terpacullah kata-kata, besarnya rumah tu, bila gaknya aku nak dapat. Selepas tu sayapun cepat-cepat Istighfar, mungkin kalu aku dapat mahligai tu di dunia, Allah tak akan berikan kan ku mahligai di syurga yang lebih kekal dan abadi. Begitulah, hidup ini kita harus bersyukur dengan apa yang kita perolehi selepas melakukan segenap usaha terhadap apa yang kita inginkan. Kena usaha dulu baru terima dengan syukur dan sabar. Juga kita harus ukur kemahuan kita dengan usaha dan keupayaan kita. Kalau dah gaji tu tak banyak mana, kenalah ada rumah yang sebesar gaji tu. Orang bergajikan tak banyak mana pendapatan sebulan berbanding orang berniaga. Prinsip hidup saya , jangan sampai kena berhutang tiap bulan lebih-lebih lagi kad kredit, takut putus nyawa tengah-tengah kan naya sebelum sempat bayar hutang kad. Berbalik kepada rumah tadi, baru-baru ni ada berborak dengan sorang kawan, dia kata ada ora