Minggu lepas yang sangat sibuk

Hai, berjumpa lagi.
Minggu lepas dengan bantuan para pelajar sarjana di makmal 3148 , Nad, Ina, Ida dan Adibah saya telah berjaya mengharungi 2 hari yang sangat sibuk dan mengharukan. Bermula 2 bulan lepas akhirnya Prof. Jungsuh Park kim telah berjaya datang ke PPBsBt. Membaca Cv nya sahaja cukup untuk menyebabkan rasa diri ini kerdil tetapi Prof. Kim seorang yang berjiwa besar dan penuh kasih sayang walaupun orangnya kecil molek. Dua hari lawatan beliau ke UKM telah dipenuhi dengan ilmu virologi dan terima kasih kepada semua yang hadir ke seminar beliau memberikan sokongan untuk hadir dan mendengar seminarnya. Harap anda semua telah mendapat manfaat dan terus berusaha memperbaiki diri dalam dunia sains. Dua hari bersama Prof. Kim amat memberi kesan kepada saya dan diakhir pertemuan kami, seolah-olah saya berpisah dengan seorang yang telah lama saya kenali. Keikhlasan dalam diri masing-masing menjerut perasaan kami, moga beliau dan saya akan dapat mengekalkan persahabatan ini.
Seperkara yang diusahakan menjadi ikutan adalah cara beliau makan dan tidak minum ais (teh hijau jadi pilihan) untuk menjaga kesihatan diri dan tidak dimamah usia walaupun umur menjangkau 66 tahun. Aku tak ingin berada dalam tubuh berumur 66 tahun dengan hakikat umur 40++ tahun, aku ingin nampak sepertinya, tapi sanggupkah aku???? mampukah aku?? Umur panjang kita baca semula blog ini selepas 20 tahun.. he he.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kucing

Gegaran Bahasa Melayu Di PPBsBt

Catatan pertama