Apa nak jadi dengan Malaysia ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa yang berlaku akhir-akhir ini di Malaysia amat mengharu-birukan dan terasa amat jelek. Politiklah, apa lagi. Penggunaan cara yang kotor dan tidak bermaruah untuk memerintah sangatlah menjijikkan. Sekarang ni kuasa wang melebihi segalanya dan kalau ada wang, segala yang hitam jadi putih, segala yang kotor jadi bersih. Semalam timbul pulak satu kes lagi. Orang yang sedang tidurpun ada orang nak ambik gambar lepas tu sebar dalam surat khabar. Lepas tu dia pula dimalukan dengan cara yang paling aib sekali dalam berita sebuah stesen TV. Walhalnya beliau adalah mangsa keadaan dan kini dilihat seolah-olah sebagai seorang penjenayah dan lebih teruk lagi seorang yang dikatakan tidak bermaruah. Kalau anda sendiri berada dalam bilik tidur, lantaklah nak berada dalam keadaan apapun. Tak payahlah nak buat isu pulak cara orang tidur dan santai. Lainlah kalau ada orang kedua... dan dan dan lagi
Apapun memang tengah menyampah sekarang ni dengan keadaan di Malaysia ni. Jadi apa yang penting adalah pertimbangan yang benar-benar waras dan berpandukan Al-Quran dan Sunnah, InsyaAllah selamat. Jangan buat tuduhan melulu dan fitnah, kerana ianya nanti bakal memakan diri. Kepada yang masih nak gunakan cara kotor ini dan bersekongkol dengannya, insaflah segera sebelum terlambat. Hidup baru yang abadi akan hanya bermula selepas kita mati. Kalau buat jahat kat dunia ni sebab nak hidup mewah, pikirlah sama ada kemewahan tersebut dapat membeli kebahagiaan di alam selepas mati nanti. Boleh tak rasuah si cacing dalam tanah atau cukup tak nak beli pengampunan Allah????
Fikirlah dan insaflah.

Lepas geram hari ini, Haaaa Lega sikit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kucing

Gegaran Bahasa Melayu Di PPBsBt

Catatan pertama