Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Gegaran Bahasa Melayu Di PPBsBt

Salam Semua, Minggu ini Awal Ogos 2010 timbul ketidak puasan hati beberapa pelajar mengenai pengajaran yang dilakukan dalam Bahasa Melayu dan dilaporkan dalam SAD. NC ambil berat hal ini. Berikut pandangan peribadi saya. KENAPA SAYA INGIN TERUS MENGAJAR DALAM BAHASA MELAYU? Pengajaran dalam Bahasa Inggeris (BI) di peringkat universiti tidak pernah diwartakan oleh Kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengajian di peringkat universiti iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Tidak seperti PPSMI yang begitu berani dipertahankan sejak Tun Mahathir memutuskan ianya perlu dilaksanakan pada tahun 2003. Pihak KPT pernah membincangkannya diperingkat Naib-Naib Canselor dan keputusannya sebenarnya sangat samar. Hakikatnya ianya dipulangkan kepada universiti. Hakikat kedua, menteri tidak berani mengeluarkan arahan jelas sepertimana PPSMI. Di pihak Naib Canselor ketika itu dan pengurusan tertinggi ketika itu lebih memihak untuk menerima pengajaran BI sepertimana PPSMI bagi menjaga periuk na