Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Kucing

Imej
Boleh dikatakan semua orang sukakan kucing termasuklah saya. Tetapi saya memilih untuk lebih sukakannya daripada memelihara kucing. Sebabnya mudah, tak mahu jaga makan minumnya dan yang paling tak tahan menguruskan bahan buangannya. Jadi jika anda sukakan kucing nak mahukan kucing sentiasa manja dengan anda, jadikan ia bintang kesayangan anda dalam Screen saver anda. Ramai yang berkunjung ke pejabat saya yang sentiasa tertarik untuk melihat haiwan kesayangan saya ini, iaitu dikaca monitorlah. Tak perlulah saya membeli makanan haiwan itu setiap bulan dll dan juga menahan bau e'k e'k nya (paham ke tu?). saya paparkan beberapa gambar kucing yang comel untuk dimuat turun ke screen saver anda. Saya dapat gambar-gambar ini melalui email. Jika ada sesiapa rasa ianya hak dia dan tak mahu ianya dipaparkan dalam blog ini, tolong maklumkan kepada saya. Ceria semua!!!

Sayangi ilmu dan jangan berhenti mencarinya

Imej
Bagi menghebatkan diri, anda perlu sentiasa mencari ilmu dan menyayanginya dengan menghebahkannya atau mengamalkannya. Sepanjang pencarian ilmu saya yang masih belum berhenti setakat ini, sikap ini secara tidak langsung telah membawa saya ke tempat yang tidak pernah saya impikan. Bermula dengan pengajian PhD, yang saya gunakan juga kesempatan itu untuk melihat negeri Inggeris, saya menggunakan kesempatan tersebut untuk melihat 6 negara Eropah lain: Perancis, Itali, Jerman, Austria, Belgium dan Belanda. Dinegara tersebut saya belajar cara hidup dan budaya rakyat disana, juga satu ilmu baru buat saya. Bagaimana nak guna ilmu ini, dengan melihat diri sendiri dan budaya sendiri, adakah ia lebih baik dan boleh dijadikan panduan hidup?? Selain itu, negara mentari terbit telah menerima kunjugan saya pada tahun 2006. Kekaguman saya adalah pada budaya yang tetap dipelihara serta bahasa Jepun yang dipulihara walau apapun teknologi canggih yang bisa ditembusi. Dimanakah kita dengan Bahasa Kebangs

Catatan kedua

Hari ini saya memulakan blog baru bertajuk Santai Bersama Nazlina. Ya menulis bukanlah sesuatu yang lazim buat saya. Harapan saya hari ini akan mengubah anggapan saya sendiri terhadap penulisan. Halangan saya adalah diri saya sendiri. Walhal menulis itu bukanlah sukar sangat. Diam tak diam dah berapa ayat yang saya catatkan. Saya sering menggunakan alasan ilmu tak cukup lagi, masa tak sempat dan seribu alasan lagi. Moga tahun Hijrah 1430 bersamaan Masihi 2009 akan mengubah anggapan saya ini dan tidak lagi takut-takut untuk menulis.

Catatan pertama

Baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog. Tercabar juga dengan kebolehan Pak Teh dan Prof Othman Ross menghasilkan blog mereka. Kena join jugak ni dan merasakan apa hebatnya ada blog.