Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013
Undi di Coventry UK Mengimbau kembali pengalaman mengundi di Coventry semasa buat PhD dulu. Mesti tertanya, macamana rakyat Malaysia boleh mengundi di UK pulak. Hak mengundi di sana adalah kerana sesiapa yang bayar Council Tax layak mengundi (selalu dengar frasa 'Its the tax payer's money?). Mereka ada data setiap penghuni rumah dengan terperinci dan bilangan penghuni. Kecekapan pengurusan data di UK memang tak boleh lawan dengan Malaysia. sangat cekap, telus dan selalu up to date. Benda macam ni yang kiat sangat kurang diMalaysia dan dipermain-mainkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Data sangat penting dan kesepaduan antara jabatan harus ada. Jadi kembali kepada cerita pengundian dan  proses pengundiandi UK.  Kempen poster taklah sehebat di Malaysia sebab calon yang mengundi tidak ada belanjawan yang besar untuk berkempen, kena cari duit sendiri (dan tak guna jentera kerajaanpun untuk kempen). Jadi hari-hari kaedah kempen adalah dengan kereta dan loud speaker " Vote A