Catatan

Rezeki daripada Allah

Imej
Bulan ni panjang lagi baru dapat gaji. Hem 25 hb November, bulan lepas 10 hb . Bagi saya Alhamdulillah setakat ni rasanya gaji wajib dah habis diselesaikan tak lama selepas dapat gaji tu. Lebih-lebih lagi raya Deepavali. Alhamdulillah bulan Oktober banyak jemputan dihujung minggu, rayalah, raya dan raya lagilah, orang kenduri kawin,orang nak gi haji -tiap-tiap minggu. Kira settlelah untuk hujung minggu tu bawak anak gi rumah orang mentekedarah. Jadi tak yahlah nak bawak KFC ke Mc DOnald ke yang rasanya dah hampir 11 bulan tak makan kat sana (oh raya dulu makan KFC tapi habis RM50 je sebab anak duduk dalam keta). Yelah sejak boikot barangan semua tu masa Israel serang PAlestin. Ini satu bentuk rezeki dan kita kena pekalah akan perkara ini. Minggu lepas dapat tahu FRGS dapat duit . JAdi anak-anak muridku adalah rezeki untuk mereka beli barang projek. Hari ni pulak dapat tahu kesemua empat orang pelajar sarjana dapat sumban gan daripada Tabung Mobiliti Program, sampai jugak hajat dema nak...

Kenapa kita tak dapat apa yang kita nak?

Assalamualaikum, Satu pagi tu saya lalu belakang rumah (mahligai) di Bandar BAru BAngi ni. Lepas tu terpacullah kata-kata, besarnya rumah tu, bila gaknya aku nak dapat. Selepas tu sayapun cepat-cepat Istighfar, mungkin kalu aku dapat mahligai tu di dunia, Allah tak akan berikan kan ku mahligai di syurga yang lebih kekal dan abadi. Begitulah, hidup ini kita harus bersyukur dengan apa yang kita perolehi selepas melakukan segenap usaha terhadap apa yang kita inginkan. Kena usaha dulu baru terima dengan syukur dan sabar. Juga kita harus ukur kemahuan kita dengan usaha dan keupayaan kita. Kalau dah gaji tu tak banyak mana, kenalah ada rumah yang sebesar gaji tu. Orang bergajikan tak banyak mana pendapatan sebulan berbanding orang berniaga. Prinsip hidup saya , jangan sampai kena berhutang tiap bulan lebih-lebih lagi kad kredit, takut putus nyawa tengah-tengah kan naya sebelum sempat bayar hutang kad. Berbalik kepada rumah tadi, baru-baru ni ada berborak dengan sorang kawan, dia kata ada ora...

Catatan baru

Assalamualaikum, Ada orang minta saya update blog. Oklah tak nak kecewakan orang. Nak cerita apa ye? Ringkas sahajalah buat kali ni. Tentang anak yang tak mahu ke sekolah. Sejak buka sekolah selepas cuti sekolah baru-baru ini, anak saya bernama Inas meragam tak mahu ke sekolah. Apa punca nya? Tak tahulah belum guna psikologi lagi, tapi dah nak psikogila dibuatnya. Nasib baik berkahwin dengan orng yang sabar ehem ehem sebenarnya sangat- sangat-sangat sabar. Kenalah sangat dengan perangai aku yang sangat tidak sabar. Alkisahnya sampai hari ni masih tak nak ke sekolah. Dah jumpa anak murid Haron Din buat air doa untuk minum dan mandi, tiga hari berturut-turut,. Lepas tu jumpa ustaz lain, katanya gangguan pada diri tak ada , cuma semangat dia dah tak de. Ada tau sesapa yang boleh jual semangat?? Kata Cikgu2 kelas yang Inas berada memang keras, selalu ada kes budak tak nak gi sekolah. Cubalah cabar-cabar sikit, memang terasa nyeri gitu masa tanya Inas kat mana budak yang selalu kacau dia....

Minggu lepas yang sangat sibuk

Hai, berjumpa lagi. Minggu lepas dengan bantuan para pelajar sarjana di makmal 3148 , Nad, Ina, Ida dan Adibah saya telah berjaya mengharungi 2 hari yang sangat sibuk dan mengharukan. Bermula 2 bulan lepas akhirnya Prof. Jungsuh Park kim telah berjaya datang ke PPBsBt. Membaca Cv nya sahaja cukup untuk menyebabkan rasa diri ini kerdil tetapi Prof. Kim seorang yang berjiwa besar dan penuh kasih sayang walaupun orangnya kecil molek. Dua hari lawatan beliau ke UKM telah dipenuhi dengan ilmu virologi dan terima kasih kepada semua yang hadir ke seminar beliau memberikan sokongan untuk hadir dan mendengar seminarnya. Harap anda semua telah mendapat manfaat dan terus berusaha memperbaiki diri dalam dunia sains. Dua hari bersama Prof. Kim amat memberi kesan kepada saya dan diakhir pertemuan kami, seolah-olah saya berpisah dengan seorang yang telah lama saya kenali. Keikhlasan dalam diri masing-masing menjerut perasaan kami, moga beliau dan saya akan dapat mengekalkan persahabatan ini. Seperk...

Lama tak menulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hem, memang dah lama sangat tak menulis. Sejak kali terakhir bermacam-macam yang telah terjadi dalam hidup ini. Kereta kemalangan kena rempuh, pengalaman dengan tow truckers, gejala rasuah polis(?) dan komisen sana sini, saka kembali lagi (serem ni), paksaan untuk menulis manuskrip (sebat student sekali), beli hp baru (menggagau cari function) dan lagi dan lagi. Kita jarang mencatat menyebabkan kita sering lupa. Apa lagi ni dah masuk 40 +++ mula lupa, badan sakit sana sini, mata tak nampak dan dan dan.... Semua orang akan menempuhnya, takleh kata tak nak dan kata tak akan terjadi padaku. Itu hakikat kehidupan. Setakat dulu untuk hari ni. Laporan dari makmal MBM, UKM. Choww

Terima kasih atas maklumbalas

Alhamdulillah setakat hari ini ada 25 maklumbalas soal selidik sudah diterima. Saya kira ini cukup baik dan saya memerlukan ramai sukarelawan lagi. Mungkin ada masalah sedikit minggu pertama maklumbalas ini dikeluarkan. saya tak perasan yang hanya 10 maklumbalas sahaja diterima sebagai maksimum, jadi kena padamkan maklumbalas yang telah diterima bagi memberi laluan kepada maklumbalas baru. Walau apapun saya masih mengharapkan lebih ramai yang akan bekerjasama dengan saya. Terima kasih sekali lagi semua. Wassalam.

Mohon berikan maklum balas terhadap tinjauan ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, PPSMI telah dimulakan pada tahun 2003. Saya ingin tahu pendapat anda mengenainya. Mohon dapat luangkan masa mengisi tinjauan tersebut. Ini boleh membantu saya memahami apa yang pelajar saya inginkan dalam membantu pembelajaran mereka. Jika tinjauan ini dapat diisi oleh rakan-rakan anda yang lain sekurang-kurangnya di FST (yang telah tamat pengajian juga boleh turut serta) sila bantu saya dengan memberikan alamat URL tinjauan ini. Lebih ramai lebih bagus. Terima kasih sekali lagi. Semoga hari anda ceria. http://fs16.formsite.com/httpwwwukmmymsab/ppsmi