- Kita anak Malaysia
Anda lahir sebagai Melayu dalam keluarga beragama Islam di Malaysia. Anda harus bersyukur pada Allah atas nikmat itu. Jika anda dilahirkan sebagai Cina, India, Orang Asal, Serani, Iban, Kadazan, Murut atau lain-lain kaum di bumi bertuah ini, adakah anda punya pilihan untuk memilih tempat lahir anda? Adakah anda lahir dalam keluarga bukan Islam pilihan anda juga? Jawapannya tidak. Anda tidak dapat buat pilihan itu, semua Allah yang tentukan. Maka rakyat Malaysia semua, jika dah sah orang tu lahir di Malaysia walau apa bangsapun, raikanlah mereka sebagai rakyat Malaysia dan jangan buat kenyataan menghalau mereka. Jika mereka bukan Islam, dakwahkanlah sebagai tanggungjawab kita sebagai org Islam, hidayah tu hanya dari Allah bukan dari kita. Kenapa masih ada sentimen perkauman setelah 55 tahun merdeka ? Ini kerana parti yang mendapat mandat memerintah kerajaan sekarang tidak ikhlas dalam hal ini. Masih lagi guna pecah dan perintah tapi berselindung dengan slogan satu Malaysia. Itu sebab tak dapat meresap dalam jiwa setiap anak MalaysIa. Saya sayang semua anak Malaysia yang ikhlas dan tak menipu dalam pilihanraya.Catatan asal di Facebook oleh Nazlina IbrahimSehari selepas pilihanraya ke 13 (5 Mei 2013- sangat kecewa dengan sikap sebahagian rakyat Malaysia yang sangat rasis dalam ucapan mereka) . Status ini mendapat 22 share, tertingggi bagi saya dan rasa bangga.
Lamanya tak menulis
Assalamualaikum, kali terakhir di sini pada 2014. Bermakna sudah 4 tahun tidak menulis di blog ini. Masuk balik ke sini pun secara tidak sengaja. Sebab baru buka semula blog lain yang perlu dikemaskini. Apa yang baru? Tahun baru 2018, umur baru, pengalaman baru, tugas baru dan bakal dapat rumah baru..... alam barzakh. Cliche nya, tapi tak dapat disangkal itu arah hala tuju. Satu lagi cukupkah kita bersyukur dengan apa yang ada? Salahkah cari lagi benda baru? Jawapan ada pada kita. Ini soalan-soalan yang perlu kita jawab. Kenapa nak benda baru? Untuk apa? Adakah ia akan menambah pahala dan kebaikan didunia dan akhirat? Adakah orang lain dapat manfaat daripadanya? Rasanya kalau kita temui jawapannya dan jawapannya selari dengan redha Allah dan kebaikan hidup di dunia dan akhirat, usahankannya. Sekian dulu untuk tahun 2018. Wassalamualaikum. P/S Kerajaan dengan pemimpin dari parti baru? :) :) :)
Ulasan
Catat Ulasan