Menjelang PRU13—5 Mei 2013

Sudah hampir 15 tahun sejak tersingkapnya kebobrokan politik di Malaysia bermula dengan penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan penuh aib dan tidak masuk akal. Semua yang diusahakan untuk mengaibkan beliau cuba dilakukan dan terbaru 2 hari lepas iaitu Khamis 2 Mei 2013 apabila video oleh Saiful Bukhari Azlan disebarkan dimedia nasional. Kenapa selepas  setahun baru dia nak sebarkan video tersebut dan hampir sangat dengan pilihanraya. Fikir dan fikirkan. Tak sampai beberapa jam, ada yang mempertahankan bahawa video itu palsu tanpa disuruh oleh DSAI untuk orang mempertahankannya. Pakar buat video skrin hijau dibelakangpun juga membantu dengan pelbagai versi video yang menyanggah video Saiful. Jadi benarlah firman Allah, manusia merancang, Allah juga merancang, perancangan Allah juga yang akan menjadi. 

Sejak15 tahun ini walaupun Malaysia terus maju tetapi dek kerana terlalu banyak perkara fitnah, kelucahan, pembohongan demi pembohongan, ketidak telusan dan segala macam keburukan, Malaysia sebenarnya masih mundur. Rakyat dibiarkan terus dalam keadaan bebal dengan media yang tidak mendidik malah terus menjadi api dalam sekam. Dah tak sanggup nak hadapinya 5 tahun lagi, maka moga PRU13 ini harap sangat ada perubahan dalam kerajaan yang menerajui Malaysia. Wawasan 2020 yang telah diletakkan batu asasnya sebelum 1998 cuma merupakan slogan sahaja tanpa pengisian kukuh. Saya masih ingat pada ketika Tun Dr.Mahathir datang ke University Warwick tahun 1997. Saya masih buat PhD ketika itu dan Hazim masih bayi waktu itu, dibawa ke auditorium di Warwick dengar amanah Tun yang ketika itu memang masih dikagumi. Tun M memang berwawasan orangnya kerana selepas lawatan ke Warwick dan UK serta US, dia pun melaksanakan biotek valley di Cyberjaya yang sekarang ni tak ke manapun, tapi duit pembangunan sudah masyuk dengan banyaknya. Terimakasih dengan kerjasama Tun Daim Z. Pada ketika itu, beliau ditanya mengenai konsep langit terbuka (internet baru mula meningkat diMalaysia ketika itu) dan bagaimana Malaysia merancang menghadapinya. Beliau jawab yang beliau tak risau kerana dalam perancangan Wawasan 2020 (yang direncana oleh puak2 DSAI), salah satu daripada peneguhan yang bakal dilakukan adalah pembinaan masyarakat Malaysia yang madani dan mempunyai moral yang tinggi. Jadi segala macam budaya dan ancaman buruk yang mungkin hadir dari internet akan dapat ditangani dengan bijak oleh rakyat yang telah diasuh ini. Namun apa yang berlaku pada 1998 telah memusnahkan harapan melihat Wawasan 2020 itu berjaya dalam prosesnya ketika ini. Alasannya jelas, apa-apa yang berkaitan dengan DSAI semuanya busuk dan luar tabie. Maka bermulalah Malaysia yang penuh fitnah, adu domba, lucah, samseng dan tak senonoh.
Pembangunan luhur rakyat diketepikan dan pembangunan fizikal bangunan dan prasarana dengan kroni mendapat kontrak besarpun bermula kerana pemegang kunci dana sekarang telah berada di tangan Tun M. Habis harta diratah, dengan air mata buaya, Tun Mpun meletak jawatan dengan meletak ganti orang yang disangkanya lembut dan boleh dicucuk hidung. SangkaanTun M meleset, DSAI dibebaskan dari penjara dan bermulalah semula revolusi rakyat untuk reformasi Malaysia.
Sejujurnya saya inginkan Malaysia yang:
1)     berbilang kaum dan agama tapi hidup aman, makmur dan tanpa prasangka antara kaum atau agama. Hentikan sentimen melaga antara kaum yang selama ini dimainkan oleh parti yang memerintah kerajaan sekarang.
2)     Tiada rakyat yang disisihkan dari masyarakat berdasarkan fahaman politik
3)     Bahasa Melayu jadi bahasa semua orang di Malaysia supaya benar-benar jadi Bahasa Malaysia dan bahasa yang menyatupadukan rakyat
4)     Kehidupan yang lebih selamat dan mudah untuk sampai dengan pengangkutan dan sistem jalanraya yang lebih baik.
5)     Rumah yang bebas hutang dengan segera.
6)     Sistem pendidikan bersepadu antara akademik dan agama/moral. Sekolah dekat dengan rumah dan anak-anak lebih cemerlang serta seronok dalam pembelajaran.
7)     Kurang pergantungan kepada impot makanan dan memberdayakan sistem pengeluaran makanan yang lebih tinggi dan mesra alam sambil memberdayakan golongan petani.
8)     Memberdayakan universiti ke tahap lebih baik bagi membantu Malaysia dan masyarakat ke arah Malaysia yang maju dan kaya. Bukan setakat KPI keluarkan paper dalam jurnal sahaja. UKM diharapkan agar menerajui semula harapan Malaysia ke arah Malaysia yang aman dan maju ini.
9)     Kurangkan perbelanjaan tak perlu dan kurangkan birokrasi. Kerja dengan lebih tumpuan kepada perkara pokok dan tinggalkan perkara remeh temeh yang membazir masa, tenaga dan wang.
10)Dan banyak lagi.

Saya mahukan Malaysia baru selepas 6 Mei 2013, bantulah dengan undi anda membuat perubahan ini, InsyaAllah.


Nazlina 10.50 pagi, 4 Mei 2013

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kucing

Gegaran Bahasa Melayu Di PPBsBt

Catatan pertama