Anak kecil itu-sekelumit kisah kehidupan

Anak kecil itu masih mengharapkan bapanya kembali kepada walaupun dia sendiri mengetahui hakikat sebenarnya. Dicari bapanya dipejabat ayahnya dan ternyata dia tidak ada di situ. Dia tak puas hati dan mahu ke satu lagi pejabat bapanya yang sebelum itu sering ia pergi tapi kini dihuni oleh orang lain. Untuk tidak menghampakannya diturut sahaja kehendaknya tetapi dengan janji bahawa jika bilik itu diketuk dan tak dapat dibuka, kita akan beredar. Maka anak itu sendiri mengetu bilik itu dan membuka kuncinya. Ternyata pintu tak dapat dibuka. Maka diajak beredar. Dia akur. Kami bergerak semula ke tempat pertemuan awal untuk jamuan makan. Namun, anak kecil itu merajuk dan tidak puas hati. Diajaknya sekali lagi ke pejabat lama ayahnya. Diakurkan sahaja. Hampa juga. Hakikatnya memang sukar menerima kenyataan bahawa bapanya telah pergi selama-lamanya, namun berharap dia hanya bersembunyi di tempat kerjanya. Rindunya pasti tak terkira namun Allah lebih menyayanginya. Itulah sekelumit kisah benar dalam kehidupan ini. Benarlah jaminan Nabi Muhammad saw bahawa sesiapa yang menyayangi anak yatim , dia akan berada di syurga serapat dengan nabi bak jari hantu dan jari telunjuk. Nabi sangat merasai kesedihan seorang anak kecil kerana beliau juga lahir sebagai anak yatim. Kita yang masih ada ibu bapa, bersyukur atas nikmat itu dan hargailah ibu bapa kita selagi ada. Bantulah anak yatim walau dengan sekelumit harta yang kita ada. Kepuasan dan nikmat atas bantuan itu sangat besar dan bermakna.

 Sabtu 6 Julai 2013

AlFatihah buat rakan Amir Rabu yang mendahului saya dan yang lain pada 3 Julai 2013. Seorang yang menikmati hidup sepenuhnya kerana walau dalam keadaan kesihatan yang teruk tapi tak pernah menunjukkannya kepada umum. Moga tenang di sana, Amin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kucing

Catatan pertama

Lamanya tak menulis