Undi di Coventry UK

Mengimbau kembali pengalaman mengundi di Coventry semasa buat PhD dulu. Mesti tertanya, macamana rakyat Malaysia boleh mengundi di UK pulak. Hak mengundi di sana adalah kerana sesiapa yang bayar Council Tax layak mengundi (selalu dengar frasa 'Its the tax payer's money?). Mereka ada data setiap penghuni rumah dengan terperinci dan bilangan penghuni. Kecekapan pengurusan data di UK memang tak boleh lawan dengan Malaysia. sangat cekap, telus dan selalu up to date. Benda macam ni yang kiat sangat kurang diMalaysia dan dipermain-mainkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Data sangat penting dan kesepaduan antara jabatan harus ada.
Jadi kembali kepada cerita pengundian dan  proses pengundiandi UK.  Kempen poster taklah sehebat di Malaysia sebab calon yang mengundi tidak ada belanjawan yang besar untuk berkempen, kena cari duit sendiri (dan tak guna jentera kerajaanpun untuk kempen). Jadi hari-hari kaedah kempen adalah dengan kereta dan loud speaker " Vote Ayub, from Labour'. Masa tu ingat nama Ayub ni je sebab calon Muslim baru mula masuk dalam politik di UK pertengahan 90an. Dan Labour yang mudah menerima kemasukan Muslim dalam politik berbanding parti pemerintah iaitu Conservative di bawah John Major  kala itu. Maka berkempenlah mereka sehingga hari pengundian dengan tak lah segah mana. Kami suami isteripun pergilah mengundi di Sekolah dekat rumah tu. Proses yang mudah sahaja tapi jelas sangat telus. Pada tahun itu, parti pemerintah buat julung kalinya bertukar tangan dari Conservative kepada Labour dibawah Tony Balair. Perubahan tampuk pemerintahan tanpa sebarang gangguan.

Perlu diingat bahawa dalam kerajaan yang mengamalkan demokrasi, parti pemerintah adalah parti yang diberi amanah memastikan negara ditadbir dengan baik. Conservative sejak sekian lama telah jadi parti pemerintah dan Labour serta Liberal Democrat sebagai pembangkang (pembangkang bererti mereka sebagai kuasa semak dan imbang, bukan musuh negara seperti fahaman yang disemai selama ini oleh Barisan Nasional). Kuasa sebagai parti pemerintah digunakan bagi memastikan negara Great Britain ditadbir dengan baik dan terus maju dengan kaedah yang difikirkan baik oleh Labour.. Itulah tujuan utama sebagai parti pemerintah dan semua perkara buruk dan baik didebat dengan cara berhemah diParlimen. Malaysia pernah dijajah British, demokrasi konon ikut British tapi perkara baik tak pulak dia nak ikut dari segi ketelusan dan penjagaan negara bangsa.

Jadi apa kelebihan yang ada di UK yang tak ada di Malaysia hasil kutipan cukai Council Tax itu. Senarai yang masih diingat seperti dibawah:
1) Dapat penjagaan kesihatan percuma- 2 anak lahir di UK dihospital kerajaan tak payah bayar langsung walaupun beranak secara Caesarian (sana tak ada langsung hospital swasta, layanan memang first class, dimandikan lagi oleh orang putih), klinik Kesihatan kami di Broad Heath sentiasa percuma (taklah pulak selalu sakit tetapi asyik kena panggil oleh klinik untuk pap smearlah, anak cucuk imunisasi, anak dibuat pemerhatian fizikal awal-pendengaran/penglihatan, bidan datang untuk tengok anak lepas bersalin sehingga seminggu lebih/kena timbang guna timbang spring, pre natal dan lagi dan lagi). pergigian juga percuma
2) Pendidikan percuma - suami pergi kelas malam- masuk kolej komuniti, anak tak sempat sekolah masa tu
3) Jalan tak de tol (ada satu tol sahaja jumpa di UK, itupun tol antara liverpool dengan pulau daerah situ ada jambatan. Kutipan dari tol kerana buat jambatan
4) Anak-anak dapat income support- seorang dapat dalam 40 pound sebulan untuk keperluan anak.

Itulah sedikit pengalaman saya di UK. Kalau cukai yang dibayar diurus dengan baik, tentu rakyat Malaysia akan lebih aman hidupnya. Kalau sistem maklumat kita baik dan up to date, semua urusan dengan kerajaan lebih mudah dan tidak berulang2 . banyak benda di Malaysia yang kita bazirkan masa dan tenaga untuk lakukan. Sistem pengurusan yang lebih baik sangat diperlukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kucing

Gegaran Bahasa Melayu Di PPBsBt

Catatan pertama