Apa yang telah saya pelajari,-apa yang anda telah dapati

Apa yang telah saya pelajari,-apa yang anda telah dapati .
Tulisan ini berikutan dengan timbulnya hasrat melancarkan tshirt Kelab Mikrobiologi UKM. Hasil maklumbalas pemilihan tagline daripada undian seperti di  bawah: 

Pemilihan tagline tshirt Kelab Mikrobiologi

Pada 4 April 2012, atas usaha AJK Kelab Mikrobiologi UKM, cadangan t-shirt Kelab Mikro telah diwarwarkan dalam wadah facebook melalui group Mikrobiologi UKM. Saya membuka satu ruang pengundian melalui survermonkey dialamat http://www.surveymonkey.com/s/QTHL8XC bagi mengetahui pandangan ahli berkaitan tagline yang diusulkan. Berdasarkan forum dalam facebook, saya sendiri mengeluarkan banyak saranan bagi memulakan perbincangan. Cadangan daripada pelajar berlaku tetapi agak lewat namun percambahan idea akhirnya meningkat momentumnya. Ada juga yang malu-malu dan mengeluarkan pendapat melalui maklumbalas yang diberi, namun cadangan itu tidak dapat dilihat oleh orang lain kecuali saya sebagai penyelaras maklum balas tersebut. Cadangan baru ini saya masukkan semula ke dalam forum facebook sebagai tatapan umum. Setakat hari ini 9 April 2012, 25 cadangan telah diterima. Berikut adalah kesemua cadangan yang berjaya dihasilkan melalui forum dan juga maklumbalas (tidak disusun mengikut bilangan undian).  

1.      To see the future we must see the creature (sedia ada)

2.      ‎salam kuman 1 malaysia

3.      salam 1 kuman

4.      kumanologis sedang bekerja

5.      organisma mikro dengan dampak makro

6.      kumanku kumanmu jua       

7.      'Microbiology Odd Created'

8.      Kuman mungkin tak dapat dilihat, tapi anda sedang melihat seorang kumanologis

9.      Awas pembiak dan pembiakbaka kuman

10.  Anda sedang melihat Mikrobiologis

11.  beware microbes

12.  AWAS...!!! kumanologis sedang bekerja.

13.  Microscopic world is in our hands

14.  Mikrobiologis dalam pembikinan

15.  I'm a walking Microbes

16.  we see the unseen

17.  STREAKING IS COOL

18.  "Ahli Kaji Kuman yang tak Koman"

19.  beware microbes

20.  Awas!!!...Fermenter sedang berjalan'

21.  Ahli Kaji Kuman

22.  KAMI TAK TAKUT KUMAN

23.  WE ARE BORN TO STREAK BECAUSE WE ARE THE FUTURE OF HUMANITY

24.  SAYA SANGGUP MATI DEMI KUMAN

25.  NO MATTER HOW SMALL WE ARE, WE EXIST FOR HUMANITY

Syabas saya ucapkan kepada semua yang telah sama-sama memberikan pendapat mereka dan ramai lagi yang cuma berdiam diri (seperti biasa). Sebenarnya ini cubaan kedua saya untuk menggunakan facebook sebagai wadah untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Kali pertama saya cuba gunakan semasa kursus virologi. Cuba menggunakan artikel yang dikemukakan oleh Hidayat sebagai pemula bicara. Namun, tiada siapa yang merancakkanya. Gagal cubaan itu. Kali ini nampaknya berjaya setakat ini. Kebanyakan dari anda telah mengharungi hidup sebagai pelajar program mikrobiologi. Jadi apabila saya meminta anda mengeluarkan tagline, itulah sebenarnya cara saya untuk menilai sama ada objektif yang kami para pensyarah maklumkan melalui PEO (MQF) dalam buku panduan prasiswazah telah tercapai atau tidak. Melalui maklumbalas yang diterima, saya ingin merasai apa yang anda anggap dan rasai setelah bergelumang dalam  dunia program mikrobiologi selama hampir 3 tahun ini dan adakah anda telah rasai kepentingannya dan kepentingan anda di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Tajuk artikel ini ‘Apa yang telah saya pelajari’, maka jawapan saya setakat ini adalah PEO yang kami letakkan hampir tercapai. Apa yang saya maksudkan, lihat dibawah:

PEO Mikrobiologi:

Pengetahuan terkini dalam prinsip dan konsep mikrobiologi.

     Kemahiran dalam mengendalikan mikroorganisma. (sekurang-kurangnya ramai yang tahu streaking, ada yang tahu makna streaking selain mencoret- cari sendiri)

     Kemahiran dalam kaedah mendapatkan maklumat dan pengetahuan mikrobiologi daripada berbagai sumber termasuk penyelidikan di makmal dan lapangan. (yang ni Hidayat selalu update kita)

     Keupayaan dalam kemahiran insaniah. (yang ini selalu saya baca komen insaniah anda semua sama ada yang baik atau yang suka main-main –insanlah tu)

              Keupayaan mengembangkan ilmu mikrobiologi untuk kesejahteraan masyarakat. (WE ARE BORN TO STREAK BECAUSE WE ARE THE FUTURE OF HUMANITY-need more to write?)

              Keupayaan menceburi bidang penyelidikan dan alam pekerjaan dalam bidang mikrobiologi dan bidang berkaitan-( KAMI TAK TAKUT KUMAN,. I'm the Walking Microbes, Microscopic world is in our hands- nak komen apa lagi, saya yakin anda akan boleh berjaya dalam hidup berkerjaya anda nanti walaupun bukan dalam bidang mikrobiologi)
Perkara kedua yang telah saya pelajari daripada proses ini adalah adanya cetusan-cetusan idea asli yang menarik daripada pelajar. Saya memulakan beberapa tagline yang saya kutip dan salin ke dalam ruang lingkup mikrobiologi berdasarkan apa yang selalu dingiangkan dalam kepala kita. Ada yang idea lama tapi diperbaharui, ada yang diMelayukan dan pelbagai lagi. Apa yang penting adalah anda semua harus berani mengeluarkan pendapat masing-masing. Saya memberikan anda ruang mengeluarkan pendapat dan saya hargai semua pendapat walaupun ianya mungkin dibaca dalam mana-mana tulisan orang lain. Saya tahu mengeluarkan pendapat sangat susah tetapi mendapat penghargaan kerana mengeluarkan pendapat lagi susah untuk didengari/dibaca. Manakala mendapat kutukan sangat senang dan selalu diterima. Itulah kehidupan dan siapa yang menguruskan dan menghadapi kehidupan, kita juga. Jadi sebagai kemahiran insaniah yang perlu diterapkan di sini adalah dalam sesuatu organisasi (kelab Mikrobiologi), semua ahli organisasi perlu merasai dia berada dalam organisasi tersebut. Setiap keputusan mestilah diambil secara persetujuan bersama, bermesyuaratlah dan ambil keputusan terbaik walaupun mungkin ia tidak popular. Pengundian tagline yang dilakukan oleh anda semua, semaklah semula akan kebenarannya, kesesuaiannya dan dampaknya kepada diri anda dan orang disekeliling anda. Misalnya perkataan kuman-memang dah tak ramai yang pakai sebab mikrobiologi lebih dominan, tapi apa salahnya jika ianya dihidupkan semula, kita tak guna istilah tu, istilah itu akan mati, anda sebagai pelajar UKM seharusnya menghidupkan BM dan tidak terikut dengan apa yang orang lain anggap biasa tetapi sebenarnya pinjaman daripada bahasa Inggeris.

Ada setengah tagline agak merisaukan orang, Awas pembiak dan pembiakbaka kuman, beware microbes, I'm a walking Microbes- jadi fikirkan kesesuaiannya apabila anda berjalan di tempat awam.

Maka nak buat tagline ini bukanlah sesuatu yang mudah walaupun anda anggap tak ada dampaknya kepada anda. Fikirkan bahawa anda akan memakai tshirt tersebut, haruslah ia mencerminkan siapa anda dan dari mana anda dating. Seharusnya ia (tagline itu) menjadi sesuatu yang anda suka dan bangga untuk dikaitkan.

Apa yang anda telah dapati- terpulang kepada anda.
Bagi saya, ambillah apa yang telah saya pelajari ini dan bermesyuaratlah dengan baik dan ambil pandangan semua orang. Jangan gunakan pandangan orang yang berpengaruh sahaja dan merealisasikannya. Anda harus berpegang dengan pendapat yang paling disukai dan diterima semua orang walaupun asalnya pandangan itu adalah minoriti. Tagline terbaik adalah tagline yang disukai dan dibanggakan oleh semua orang dan anda tidak malu dek keranya. Seperkara penting lagi ialah tagline itu semua orang faham dan boleh mempertahankannya dengan hujah yang mantap. Jika benar kenapa ia benar dan jika salah kenapa ia salah.

Saya harap dengan penulisan ini, anda telah mempelajari sesuatu yang bermakna. Mungkin pada mulanya Nampak macam suka-suka tetapi sia-sialah masa seorang Muslim itu jika apa yang dilakukannya sekadar sesuatu yang sia-sia. Pembelajaran dan pengajaran boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Semoga anda semuanya berjaya dalam kehidupan anda dan ingat semua pesanan saya, walaupun ia bermula dengan hanya tagline Kelab Mikrobiologi.



Dr. Nazlina Ibrahim

1045 pagi ( April 2012)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kucing

Gegaran Bahasa Melayu Di PPBsBt

Catatan pertama