PTPTN VS BIASISWA

PTPTN VS BIASISWA
Sekarang ni heboh nak mansuh PTPTN. Dah dekat pilihanraya
ni, minta dari BN, semua BN akan cuba tunaikan atau dalih2 dengan harapan,
Pakatan Rakyat pulak dok cucuk cucuk. Strategi menjadik bagi PR dan juga semua
bahagian ADUN dan Parlimen yang bukan di bawah BN. Kawasan bukan BN akan dianak
tirikan dengan tidak mendapat bantuan dan sebaliknya berlaku bagi kawasan PR.
Kawasan Selangor dapat janji paling besar.
Ok tak nak cerita pasal tu lagi, nak cerita pasal masa saya
jadi pelajar. PTPTN tak de dan saya dapat belajar sehingga ijazah Doktor Falsafah
dengan bantuan penuh kerajaan Malaysia yang masa tu diterajui BN. Tapi kenapa
sekarang kerajaan BN tak boleh nak biaya rakyat Malaysia lagi tetapi digalakkan
berhutang? Mari kita imbas sejarah kembali berdasarkan pengamatan saya.
Masa saya dulu tak sebutpun modal insan, tapi sayalah modal
insan itu. Mak bapak saya tak pernah mengungkit nak sekolahkan saya supaya saya
jadi insan yang berilmu dan berguna untuk mereka. Keikhlasan merekalah yang
menjadikan saya sepertimana sekarang. Berbalik kepada Negara kita Malaysia,
kerajaan adalah pengurus atau ibu dan bapa kepada rakyatnya. Memberikan mereka
pendidikan akan menjadikan anak-anak ini (rakyat), orang yang berilmu dan
menggunakan ilmunya dengan baik dan akan mendapat balasan yang setimpal. Itulah
modal yang telah dilaburkan kerajaan sejak dulu sehinggalah berlaku perubahan
dengan adanya PTPTN. Rakyat yang lahir dari pelaburan itu dulu Berjaya mengharungi
pelbagai duri dan onak setiap kali berlakunya kegawatan ekonomi yang masanya
tiba 10 tahun sekali sejak 1988, 1998, sehingga sekarang belum mampu pulih
lagi. Rakyat inilah yang telah membina Negara ini dalam keadaan yang anda lihat
sekarang. Kalau dulu nak tengok Klinik/ kedai optometri/kedai runcit/restoran/dll
yang dipelopori orang Melayu Islam sangat sukar. Atas kepayahan ini serta modal
yang telah dilaburkan, semua ini telah banyak dilihat sekarang. Rakyat ini
telah terbuka mindanya dan berani menyahut cabaran serta tahu mencari peluang.
Mereka itu kini telah mempunyai anak-anak yang antaranya memerlukan PTPTN ni
kerana masa itu mungkin mereka tak terfikir untuk menyimpan bagi anak-anak
mereka dengan anggapan bahawa anak-anak ini juga akan menerima biasiswa seperti
ibu bapa mereka. Namun, ini perkiraan
yang sangat meleset sekali kerana mereka yang menerajui kerajaan dulu tidak
sama dengan yang memerintah sekarang.
Sinis sekali berita yang dilaporkan hari ini (9 April 2012)
dalam akhbar Sinar Harian, Pak Menteri Pelajaran mengatakan bahawa lepas
belajar pelajar akan dapat ijazah yang akan dimanfaatkan olehnya seorang
sahaja. Cetek sungguh pemikiran Pak Menteri ini (sapelah yang lantik dia ni).
Memanglah itulah yang jadi sekarang kerana itulah sistem pendidikan di Negara ini,
macam kilang keluar produk kilangkah pelajar kita? Sistem pendidikan juga punah
diperkosa dek golongan ini juga yang tidak lagi dapat berfikir dengan betul.
Bab ni cerita masa lain. Tapi ini ada kaitannya dengan PTPTN yang mana,
kurikulum yang dulunya 4 tahun disingkatkan ke 3 tahun demi dapat menyelamatkan
perbelanjaan setahun. Pelajar yang keluar juga singkatlah ilmunya. Kaji siapa
dan bila benda ini berlaku (petunjuk anggaran tahun 1994-1998-masa saya buat
PhD). Apabila diungkit semula boleh dia (Pak Menteri ini) kata kita cadang je,
tapi masa suruh buat ni dia kata macam, arahan… Konspirasi oleh ….. Lepas tu punahkan lagi sistem pendidikan
dengan PPSMI. Malangnya Negara ku Malaysia.
Jadi sekarang macam mana? Nak lupus PTPTN ke tak? PR dah
suruh BN mansuh dengan alasan sinisnya,
kalau hutang Tajudin boleh lupus, hutang NFC boleh lupus kenapa tak lupus je
PTPTN. Tajudin sorang, NFC satu keluarga, penghutang PTPTN kan ramai. Lepas tu
dulu ada Perwaja, PKFZ belum selesai dan macam-macam lagi duit Negara yang hilang.
Mesti depa penghutang PTPTN ni sangat berterimakasih kepada kerajaan BN jika
hutang ni lupus sebelum pilihanraya. Kalau janji lepas pilihanraya baru nak
lupus, baik undi PR je sebab PR pun dah buat janji ni sekarang. BN so bola PTPTN
ada di kaki anda nak tendang masuk ke keluar/ Ada bran?
Kalau PTPTN lupus, rakyat diugut dengan kenaikan cukai
pendapatan (baca maklumat ini dari surat khabar) hari ini. Nasib buruklah
pembayar cukai, saya bayar zakat je. Alasan kerajaan yang bagi pendidikan percuma,
rakyatnya bayar cukai tinggi. Hasil Negara ni bukannya cukai sahaja weh ooi,
kan ada minyak yang harganya sangat melambung tinggi. Kitakan ada getah dan
kelapa sawit yang juga harga tinggi, nilai pulangan ini kalau betul-betul diurus
boleh bagi kepada rakyat ni untuk belajar. Duit zakatpun antara asnafnya adalah
Ibnus Sabil (pelajarlah salah satu asnaf yang layak). Tu sebab saya bayar zakat
, dunia dapat akhiratpun dapat (pahala mengerjakan rukun Islam, InsyaAllah).
Bayar cukai pendapatan dapat pelepasan dunia sahaja, silap-silap orang lain
songlap. He he. Kalau ada yang songlap duit zakat, tak ke manapun dia dapat
lari. Tembelang mesti pecah punya.
Malaysia ini kaya dan didalamnya ramai orang beriman. Itulah
penyelamat Negara ini dari bencana sebab ramai yang suka menolong orang lain
(tak kira Islam atau bukan Islam) walaupun ada yang jahat. Kebaikan inilah yang
telah melindungi anda rakyat Malaysia. Keikhlasan manusia ini mendapat
perlindungan Allah, percayalah. Jadi kalau pemerintahnya baik, rakyatnya baik
dan terdidik, InsyaAllah Malaysia akan jadi sebuah Negara yang gemilang dan
disukai ramai (terutama orang Indon, Bangla dan terkini ajak pulak amah
Myanmar). Pulangkan semula kasih sayang rakyat ini kepada pemerintahan yang
adil dan benar. Formula pendidikan berteraskan Al Quran dan sunah akan
mewujudkan suasana aman dan tenang dalam Negara ini, InsyaAllah. Tak payahlah Pak Menteri Pendidikan nak buat
majlis macam kat UKM tadi dan sebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dari
pagi sampai petang kalau tiada keikhlasan sebenar nak tukar sistem pendidikan
Malaysia ke arah yang lebih mantap. Orangpun tak menyampah.
Rakyat Malaysia sila bangun dari tidur anda dalam buaian
yang mengasyikkan. Bangun dan buatlah perubahan.

Nazlina Ibrahim
6.29 petang (9 April 2012)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kucing

Gegaran Bahasa Melayu Di PPBsBt

Catatan pertama