Wahai Tok Ali dan Tok Pa
Wahai
Tok Ali dan Tok Pa
Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Jangan hangpa berdukacita, Atas kekalahan hangpa berdua, Dipilih semula rakyat jelata. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Jangan disalahkan warga Cina, Juga mereka yang kelik naik kereta, Kelik Kelantan undi bulan bercahaya, Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Terima kekalahan dengan hati terbuka, Undi memang tak memihak hangpa, Buat blackout pun tak guna. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Muhasabah dirilah hangpa berdua, Jangan dok salahkan semua, Tengok semula diri anda. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Inilah rasa kecewa, Bila tidak dipilih semula, Memang itu pilihan mereka. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Inilah rasa kecewa, Yang dirasa rakyat jelata, Bila kalah pilihanraya. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Setakat kalah tak mengapa, Kalau pilihanraya ini tiada, Onar dan juga tipu daya. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Setakat kalah sahaja tak apa, Guna Indon, Myanmar dan Bangla, Memang kami tak boleh terima. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Begitu juga jangan dinoda, Suruhanjaya pilihanraya, Dakwat tak kekal rupanya. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, SPR kena usaha, Untuk terima kehendak semua, Bukan berpihak mana-mana. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Banyakkan sabar dan istighfar! Kami rakyat lagi merana, Kerana di tipu disiang buta. Nukilan Nazlina Ibrahim, 5.52 pagi 10 Mei 2013 Bangi |
|
http://www.hmetro.com.my/articles/Rakyatlupasaya-MohdAli/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengundiluardantaksubpuncaBNmasihgagaltawanKelantan-Mustapa/Article/
Ulasan
Catat Ulasan