Travelog Haji 1434H/2013M-Catatan 1

Assalamualaikum,
Sehingga Mac 2014, telah hampir 5 bulan saya kembali dari menunaikan haji, umrah dan ziarah. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Tuhan yang memiliki dua tanah suci (haramain) itu yang mengizinkan saya dan suami menjadi tetamuNya. Sebelum ke sana saya berniat untuk menghasilkan Travelog Haji saya sendiri dengan mengadakan buku nota kecil yang jarang berenggang dengan saya ke mana juga saya pergi. Tapi  samapai sekarang hanya 1 tulisan yang berjaya ditulis. Moga Allah memberi kelapangan kepada saya berkongsi pengalaman semoga mendapat pengajaran sekurang-kurangnya memberi keyakinan kepada para hujjaj yang belum berkesempatan menunaikan haji, umtrah dan ziarah. Tatapilah bersama Travelog bahagian 1 saya:

Travelog Haji 1434H/2013M

Alhamdulillah musim haji tahun ni, saya dijemput Allah Subhanahu wa Taala sebagai tetamunya di BaitullAhilHaram bersama jutaan lagi tetamu lain. Syukur dan Alhamdulillah...Ucapan yang sering dilafaz bermula dari rumah sepanjang dalam perjalanan ke sana, semasa di dua tanah haram (haramain) dan semasa pulang. Kesempatan menjadi tamu ini bermula dengan penabungan di tabung haji (TH) sejak zaman lepas universiti lagi dan 2006 merupakan langkah kedua bilamana berjaya meyakinkan encik suami untuk mendaftar haji. Tahun peruntukan ketika itu adalah 2016. Alhamdulillah tahun 2013 merupakan tahun terbaik buat kami walaupun pernah merayu 2 kali sebelum ini untuk mengerjakan haji. Memang inilah masa terbaik buat kami berdua, keluarga serta semua yang berkait dengan kami yang Allah telah tetapkan.

Tiga minggu sebelum berlepas, baru kami mendapat surat maklumat penerbangan. Sehingga tarikh itu, doa saya agar diberi kesempatan menunaikan haji bagi musim 2013 terus dipanjatkan. Juga doa agar dipermudahkan semua urusan kami berdua sebelum, semasa dan selepas pulang nanti terus dimohon. Pada yang bergantung kepada kami, doa moga urusan mereka juga dipermudahkan walaupun kami tidak bersama. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk bertolak awal iaitu penerbangan KT3 pada 7 Sepetember 2013 bersamaan 1 Zulkaedah 1434H iaitu pada hari Sabtu jam 8.30 pagi perlu mendaftar masuk. 


Kami bertolak dari rumah hampir jam pagi dan tiba di Masjid Kampung Tunku untuk solat Subuh. Selepas memohon restu dua ibu bapa saya, kamipun berlepas ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Alhamdulillah ramai yang menghantar kami berlepas. Perasaan meninggalkan semua yang tersayang baik kaum keluarga, sanak saudara, anak murid, rakan sekerja dan jiran memang amat sedih namun dalam hati tiada rasa terbeban atau susah meninggalkan mereka. Hati kosong dan redha akan perpisahan ini semata-mata ingin menjadi tetamu Rabbal Alamin. Memohon kemaafan dari semua mengurangkan rasa bersalah pada manusia, melegakan diri saya kerana yakin tidak ada dosa dengan manusia sebelum berlepas ke tanah suci. 

Selepas mendapat taklimat daripada pihak Tabung Haji kamipun menaiki bas menuju ke KLIA dengan diiringi pihak polis. Ketika itu besar sungguh hati kerana melihat semua kenderaan dihentikan oleh polis trafik. jelas dapat dilihat dihighway enderaan ditahan, begitu sekali kami diraikan sebagai tetamu Allah sejak diMalaysia (mod persaan tapi memang bangga betul).

Tiba diKLIA urusan menaiki kapal terbang terus dilakukan dengan pasport dicap oleh pihak imigresen dan  seterusnya menaiki pesawat. Pengurusan jemaah memang cekap dilakukan, Terima kasih semua pihak yang Allah permudahkan buat kami. Alhamdulillah dapat duduk tepi tingkap sebelah kiri kapalterbang (Kerusi 25A/B). Kenalan suami dari TNB RnD duduk depan kami dan kedudukan kami ini seterusnya selepas tiba di MAdinah dan Mekah sentiasa sama kerana kami akhirnya menjadi rakan sebilik atau duduk bilik dekat-dekat..

Perjalanan mengambil masa 8 jam. semasa taklimat kami diingatkan untuk terus bermunajat dan berbicara dengan Allah. itulah yang dilakukan dan rasa teruja itu ada tapi sangat tenang. Perjalanan berlula sekitar jam 12 tengahri dan tiba di Madinah sekitar jam 4.15 petang, hampir ke waktu Asar. 


Nanti kita sambung cerita lagi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kucing

Lamanya tak menulis