- Kita anak Malaysia
Anda lahir sebagai Melayu dalam keluarga beragama Islam di Malaysia. Anda harus bersyukur pada Allah atas nikmat itu. Jika anda dilahirkan sebagai Cina, India, Orang Asal, Serani, Iban, Kadazan, Murut atau lain-lain kaum di bumi bertuah ini, adakah anda punya pilihan untuk memilih tempat lahir anda? Adakah anda lahir dalam keluarga bukan Islam pilihan anda juga? Jawapannya tidak. Anda tidak dapat buat pilihan itu, semua Allah yang tentukan. Maka rakyat Malaysia semua, jika dah sah orang tu lahir di Malaysia walau apa bangsapun, raikanlah mereka sebagai rakyat Malaysia dan jangan buat kenyataan menghalau mereka. Jika mereka bukan Islam, dakwahkanlah sebagai tanggungjawab kita sebagai org Islam, hidayah tu hanya dari Allah bukan dari kita. Kenapa masih ada sentimen perkauman setelah 55 tahun merdeka ? Ini kerana parti yang mendapat mandat memerintah kerajaan sekarang tidak ikhlas dalam hal ini. Masih lagi guna pecah dan perintah tapi berselindung dengan slogan satu Malaysia. Itu sebab tak dapat meresap dalam jiwa setiap anak MalaysIa. Saya sayang semua anak Malaysia yang ikhlas dan tak menipu dalam pilihanraya.Catatan asal di Facebook oleh Nazlina IbrahimSehari selepas pilihanraya ke 13 (5 Mei 2013- sangat kecewa dengan sikap sebahagian rakyat Malaysia yang sangat rasis dalam ucapan mereka) . Status ini mendapat 22 share, tertingggi bagi saya dan rasa bangga.
Travelog Haji 1434H/2013M-Catatan 1
Assalamualaikum, Sehingga Mac 2014, telah hampir 5 bulan saya kembali dari menunaikan haji, umrah dan ziarah. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Tuhan yang memiliki dua tanah suci (haramain) itu yang mengizinkan saya dan suami menjadi tetamuNya. Sebelum ke sana saya berniat untuk menghasilkan Travelog Haji saya sendiri dengan mengadakan buku nota kecil yang jarang berenggang dengan saya ke mana juga saya pergi. Tapi samapai sekarang hanya 1 tulisan yang berjaya ditulis. Moga Allah memberi kelapangan kepada saya berkongsi pengalaman semoga mendapat pengajaran sekurang-kurangnya memberi keyakinan kepada para hujjaj yang belum berkesempatan menunaikan haji, umtrah dan ziarah. Tatapilah bersama Travelog bahagian 1 saya: Travelog Haji 1434H/2013M Alhamdulillah musim haji tahun ni, saya dijemput Allah Subhanahu wa Taala sebagai tetamunya di BaitullAhilHaram bersama jutaan lagi tetamu lain. Syukur dan Alhamdulillah...Ucapan yang sering dilafaz bermula dari rumah sepanj...
Ulasan
Catat Ulasan