Rezeki daripada Allah
Bagi saya Alhamdulillah setakat ni rasanya gaji wajib dah habis diselesaikan tak lama selepas dapat gaji tu. Lebih-lebih lagi raya Deepavali. Alhamdulillah bulan Oktober banyak jemputan dihujung minggu, rayalah, raya dan raya lagilah, orang kenduri kawin,orang nak gi haji -tiap-tiap minggu. Kira settlelah untuk hujung minggu tu bawak anak gi rumah orang mentekedarah. Jadi tak yahlah nak bawak KFC ke Mc DOnald ke yang rasanya dah hampir 11 bulan tak makan kat sana (oh raya dulu makan KFC tapi habis RM50 je sebab anak duduk dalam keta). Yelah sejak boikot barangan semua tu masa Israel serang PAlestin. Ini satu bentuk rezeki dan kita kena pekalah akan perkara ini. Minggu lepas dapat tahu FRGS dapat duit . JAdi anak-anak muridku adalah rezeki untuk mereka beli barang projek. Hari ni pulak dapat tahu kesemua empat orang pelajar sarjana dapat sumbangan daripada Tabung Mobiliti Program, sampai jugak hajat dema nak gi Penang dengan bergaya. Kalau tak kena naik tongkang le masing-masing. Dan aku masih menghitung hari , 20 hari lagi ke hari Gaji. Well nasib baik ada kutu yang mampu ku makan darinya, ahhh macam monyet ke pulak. Kena jimat-jimat dan beringat untuk countdown 20 hari ni.
Tapi esok ada orang belanja kenduri nak gi haji lagi, begitu juga 8 hb. Selamat hujung minggu ni. Kita kena selalu ingat bahawa inilah rezeki daripada Allah, dan bila kita ingat seterusnya kena syukur. Dan tak semestinya bila kita tak ada duit , kita tak boleh bersedekah, kerana bersedekah itu sebenarnya menambah rezeki kita lagi, InsyaAllah. Apa yang penting????
Ikhlas dan sentiasa bersyukur.
Ini beberapa gambar yang dah kira terlewat nak edar. Langkawi bulan 6, la ni dah bulan 11. Biar lambat asal selamat.
Jumpa lagi... ntah bila
Ulasan
Catat Ulasan