Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Terima kasih atas maklumbalas

Alhamdulillah setakat hari ini ada 25 maklumbalas soal selidik sudah diterima. Saya kira ini cukup baik dan saya memerlukan ramai sukarelawan lagi. Mungkin ada masalah sedikit minggu pertama maklumbalas ini dikeluarkan. saya tak perasan yang hanya 10 maklumbalas sahaja diterima sebagai maksimum, jadi kena padamkan maklumbalas yang telah diterima bagi memberi laluan kepada maklumbalas baru. Walau apapun saya masih mengharapkan lebih ramai yang akan bekerjasama dengan saya. Terima kasih sekali lagi semua. Wassalam.

Mohon berikan maklum balas terhadap tinjauan ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, PPSMI telah dimulakan pada tahun 2003. Saya ingin tahu pendapat anda mengenainya. Mohon dapat luangkan masa mengisi tinjauan tersebut. Ini boleh membantu saya memahami apa yang pelajar saya inginkan dalam membantu pembelajaran mereka. Jika tinjauan ini dapat diisi oleh rakan-rakan anda yang lain sekurang-kurangnya di FST (yang telah tamat pengajian juga boleh turut serta) sila bantu saya dengan memberikan alamat URL tinjauan ini. Lebih ramai lebih bagus. Terima kasih sekali lagi. Semoga hari anda ceria. http://fs16.formsite.com/httpwwwukmmymsab/ppsmi

Kenapa pengajaran Sains dan Matematik harus kembali ke Bahasa Melayu

Berikut adalah hasil kajian TIMSS 2007 yang telah diterjemahkan. Kalau tak faham jugak atau tak nak faham dan ubah PPSMI memang benak benarlah orang yang buat polisi tu. Ada faham perkataan benak? Tak kut yang orang yang buat polisi tu faham mungkin stupid kot. Dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2007 tentang Prestasi Pelajar 8th Grade (Tingkatan 2) Malaysia dalam Ujian Matematik dan Sains Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron,Universiti Pendidikan Sultan Idris24 Februari, 2009. Apakah dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2077 mengenai Pencapaian Matematik dan Sains Pelajar 8th Grade (Tingkatan 2) Malaysia? Malaysia adalah antara 59 buah negara yang mengambil bahagian dalam kajian pencapaian Matematik dan Sains antarabangsa bagi pelajar berumur 14+ tahun Gred 8 (pelajar Tingkatan 2) yang dijalankan oleh Trends in International Mathematics and Science Study at Fourth and Eightth Grades, International Study Center (TIMSS 2007), Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, Massachu...