Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Anak kecil itu-sekelumit kisah kehidupan

Anak kecil itu masih mengharapkan bapanya kembali kepada walaupun dia sendiri mengetahui hakikat sebenarnya. Dicari bapanya dipejabat ayahnya dan ternyata dia tidak ada di situ. Dia tak puas hati dan mahu ke satu lagi pejabat bapanya yang sebelum itu sering ia pergi tapi kini dihuni oleh orang lain. Untuk tidak menghampakannya diturut sahaja kehendaknya tetapi dengan janji bahawa jika bilik itu diketuk dan tak dapat dibuka, kita akan beredar. Maka anak itu sendiri mengetu bilik itu dan membuka kuncinya. Ternyata pintu tak dapat dibuka. Maka diajak beredar. Dia akur. Kami bergerak semula ke tempat pertemuan awal untuk jamuan makan. Namun, anak kecil itu merajuk dan tidak puas hati. Diajaknya sekali lagi ke pejabat lama ayahnya. Diakurkan sahaja. Hampa juga. Hakikatnya memang sukar menerima kenyataan bahawa bapanya telah pergi selama-lamanya, namun berharap dia hanya bersembunyi di tempat kerjanya. Rindunya pasti tak terkira namun Allah lebih menyayanginya. Itulah sekelumit kisah benar d
Kita anak Malaysia Anda lahir sebagai Melayu dalam keluarga beragama Islam di Malaysia. Anda harus bersyukur pada Allah atas nikmat itu. Jika anda dilahirkan sebagai Cina, India, Orang Asal, Serani, Iban, Kadazan, Murut atau lain-lain kaum di bumi bertuah ini, adakah anda punya pilihan untuk memilih tempat lahir anda? Adakah anda lahir dalam keluarga bukan Islam pilihan anda juga? Jawapannya tidak. Anda tidak dapat buat pilihan itu, semua Allah yang tentukan. Maka rakyat Malaysia sem ua, jika dah sah orang tu lahir di Malaysia walau apa bangsapun, raikanlah mereka sebagai rakyat Malaysia dan jangan buat kenyataan menghalau mereka. Jika mereka bukan Islam, dakwahkanlah sebagai tanggungjawab kita sebagai org Islam, hidayah tu hanya dari Allah bukan dari kita. Kenapa masih ada sentimen perkauman setelah 55 tahun merdeka ? Ini kerana parti yang mendapat mandat memerintah   kerajaan sekarang tidak ikhlas dalam hal ini. Masih lagi guna pecah dan perintah tapi berselindung dengan sl

Wahai Tok Ali dan Tok Pa

Imej
Wahai Tok Ali dan Tok Pa Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Jangan hangpa berdukacita, Atas kekalahan hangpa berdua, Dipilih semula rakyat jelata. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Jangan disalahkan warga Cina, Juga mereka yang kelik naik kereta, Kelik Kelantan undi bulan bercahaya, Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Terima kekalahan dengan hati terbuka, Undi memang tak memihak hangpa, Buat blackout pun tak guna. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Muhasabah dirilah hangpa berdua, Jangan dok salahkan semua, Tengok semula diri anda. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Inilah rasa kecewa, Bila tidak dipilih semula, Memang itu pilihan mereka. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Inilah rasa kecewa, Yang dirasa rakyat jelata, Bila kalah pilihanraya. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Setakat kalah tak mengapa, Kalau pilihanraya ini tiada, Onar dan juga tipu daya. Wahai Tok Ali dan Tok Pa, Setakat kalah sahaja tak apa, Guna Indon, Myanmar dan Bangla, Memang kami tak boleh terima. Wahai Tok Ali dan
Menjelang PRU13—5 Mei 2013 Sudah hampir 15 tahun sejak tersingkapnya kebobrokan politik di Malaysia bermula dengan penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan penuh aib dan tidak masuk akal. Semua yang diusahakan untuk mengaibkan beliau cuba dilakukan dan terbaru 2 hari lepas iaitu Khamis 2 Mei 2013 apabila video oleh Saiful Bukhari Azlan disebarkan dimedia nasional. Kenapa selepas  setahun baru dia nak sebarkan video tersebut dan hampir sangat dengan pilihanraya. Fikir dan fikirkan. Tak sampai beberapa jam, ada yang mempertahankan bahawa video itu palsu tanpa disuruh oleh DSAI untuk orang mempertahankannya. Pakar buat video skrin hijau dibelakangpun juga membantu dengan pelbagai versi video yang menyanggah video Saiful. Jadi benarlah firman Allah, manusia merancang, Allah juga merancang, perancangan Allah juga yang akan menjadi.  Sejak15 tahun ini walaupun Malaysia terus maju tetapi dek kerana terlalu banyak perkara fitnah, keluca
Undi di Coventry UK Mengimbau kembali pengalaman mengundi di Coventry semasa buat PhD dulu. Mesti tertanya, macamana rakyat Malaysia boleh mengundi di UK pulak. Hak mengundi di sana adalah kerana sesiapa yang bayar Council Tax layak mengundi (selalu dengar frasa 'Its the tax payer's money?). Mereka ada data setiap penghuni rumah dengan terperinci dan bilangan penghuni. Kecekapan pengurusan data di UK memang tak boleh lawan dengan Malaysia. sangat cekap, telus dan selalu up to date. Benda macam ni yang kiat sangat kurang diMalaysia dan dipermain-mainkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Data sangat penting dan kesepaduan antara jabatan harus ada. Jadi kembali kepada cerita pengundian dan  proses pengundiandi UK.  Kempen poster taklah sehebat di Malaysia sebab calon yang mengundi tidak ada belanjawan yang besar untuk berkempen, kena cari duit sendiri (dan tak guna jentera kerajaanpun untuk kempen). Jadi hari-hari kaedah kempen adalah dengan kereta dan loud speaker " Vote A