Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Satu catatan pengalaman si Aspergillus hijau

Imej
Satu catatan pengalaman si Aspergillus hijau   Pagi itu agak lembap kerana malamnya hujan turun agak lebat dan lama. Si kumpulan monyet telah melakukan sorakan pagi mereka seperti biasa. Tanah sekelilingku tiba-tiba bergegar-gegar. Tak lama kemudian terdengar derapan kasut menghampiri tempatku. Terdengar suara manusia berkata “Kita boleh ambil tanah di sini, ini sampel untuk kawasan tinggi. Jangan lupa ambil gambar”. Kawanan manusia itupun berhenti. Beberapa orang mengeluarkan peralatan mereka. Manakala yang lain menunggu kawan mereka melakukan tugasan yang diminta. Seorang dari mereka berkata, “Jom ambik gambar”. Sepantas kilat kawanan yang menunggu itu beratur sederet.     Manusia yang tadi berada hampir denganku dan terdengar dia berkata,”Mana spatula tu? Bekas tanah sekali ya”, Dengan tak semena-semena satu benda seperti besi datang mengorekku bersama tanah disekelilingku. Si Bacillus, Aspergillus hitam, Pseudomonas serta lain-lain rakan kami diangkat bersama dalam sp

PTPTN VS BIASISWA

PTPTN VS BIASISWA Sekarang ni heboh nak mansuh PTPTN. Dah dekat pilihanraya ni, minta dari BN, semua BN akan cuba tunaikan atau dalih2 dengan harapan, Pakatan Rakyat pulak dok cucuk cucuk. Strategi menjadik bagi PR dan juga semua bahagian ADUN dan Parlimen yang bukan di bawah BN. Kawasan bukan BN akan dianak tirikan dengan tidak mendapat bantuan dan sebaliknya berlaku bagi kawasan PR. Kawasan Selangor dapat janji paling besar. Ok tak nak cerita pasal tu lagi, nak cerita pasal masa saya jadi pelajar. PTPTN tak de dan saya dapat belajar sehingga ijazah Doktor Falsafah dengan bantuan penuh kerajaan Malaysia yang masa tu diterajui BN. Tapi kenapa sekarang kerajaan BN tak boleh nak biaya rakyat Malaysia lagi tetapi digalakkan berhutang? Mari kita imbas sejarah kembali berdasarkan pengamatan saya. Masa saya dulu tak sebutpun modal insan, tapi sayalah modal insan itu. Mak bapak saya tak pernah mengungkit nak sekolahkan saya supaya saya jadi insan yang berilmu dan berguna untuk mereka. Keikhla

Apa yang telah saya pelajari,-apa yang anda telah dapati

Imej
Apa yang telah saya pelajari,-apa yang anda telah dapati . Tulisan ini berikutan dengan timbulnya hasrat melancarkan tshirt Kelab Mikrobiologi UKM. Hasil maklumbalas pemilihan tagline daripada undian seperti di  bawah:  Pemilihan tagline tshirt Kelab Mikrobiologi Pada 4 April 2012, atas usaha AJK Kelab Mikrobiologi UKM, cadangan t-shirt Kelab Mikro telah diwarwarkan dalam wadah facebook melalui group Mikrobiologi UKM. Saya membuka satu ruang pengundian melalui survermonkey dialamat http://www.surveymonkey.com/s/QTHL8XC bagi mengetahui pandangan ahli berkaitan tagline yang diusulkan. Berdasarkan forum dalam facebook, saya sendiri mengeluarkan banyak saranan bagi memulakan perbincangan. Cadangan daripada pelajar berlaku tetapi agak lewat namun percambahan idea akhirnya meningkat momentumnya. Ada juga yang malu-malu dan mengeluarkan pendapat melalui maklumbalas yang diberi, namun cadangan itu tidak dapat dilihat oleh orang lain kecuali saya